BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~My FaNs~

12/31/2009

new year datang lagi...welcome 2010

orang kata tahun baru selalunya akan menjanjikan sesuatu yang lebih indah dari sebelumnya...entahla...bagi aku sejak peristiwa sedih yang menimpa diri aku...tarikh, waktu, masa, hari semuanya dah tak penting bagi aku...malam ni adalah malam menjelangnya tahun baru 2010 yang aku sendiri tak tahu apa yang akan terjadi kelak...apakah keindahan...kepahitan...sama2lah kita nantikan...kalau sebut je pasal tahun baru semua orang pasti akan terpikirkan azam...azam tahun baru...macam2lah yang mereka mau ubah..itulah, inilah, nak tambah itula, nak tambah inilah...tapi bagi aku...kalau seseorang itu inginkan perubahan, tak perlulah tetapkan masa yang spesifik..bila2 masa pun mereka boleh berubah...kalaulah seseorang itu mahu berubah jadi baik xkanla nak kene tggu sampai 3, 4 minggu sebelum sampainya tahun baru...hari dia berniat tu pun dia dah boleh berubah...betul tak?haaa biar aku je yang jawab, betul..betul...betul..so apa2 pun aku nak said welcome back to myself sebab telah sedaya upaya mencuba untuk updatekan blog aku ni yang dah lama berhabuk...cuma isi dan kandungan untuk hari2 yang mendatang ni je yang kita tak tahu..dan itulah yang kita nak tahu kan kan kan...

7/07/2009

kembali untuk mencurahkan rasa hati...

dah lama ler x tulis papa dalam blog aku ni...sejak laptop aku dah pun tamat riwayatnya disebabkan kecuaian diri sendiri, aku dah kurang dah bukak blog sendiri...apatah lagi nak postkan cerita2 terkini tentang aku...disamping tu jugak...disebabkan cuti semester...aku memang xkan dapat jumpa langsungla dengan internet connection kat umah tu..jadi kesimpulannya hampir 3 bulan jugaklah aku x update papa kat blog aku ni...tetapi setelah kembali untuk teruskan pengajian aku...aku kembali berjumpa dengan laptop dan internet connection...seronoklah jugak ...walaupun laptop orang tapi aku tetap gunakan macam laptop sendiri...hehehe...terima kasihlah atas ehsan kawan2 aku yang x kedekut bagi aku pinjam laptop semata2 nak update blog, main pet society dalam facebook, tengok youtube...pendek kata guna untuk menda2 yg kurang berfaedahlah semuanya...hihihi...apa-apa pun lepas ni aku akan rajinlah update blog supaya aku leh isi masa kosong aku nanti...because now i think it is a time for me to think about my ownself and my hapiness... (ape ni...ni dah kluar dari plot penceritaan ni)

4/15/2009

~examku~

Menjelang exam yg akan tiba nanti…hati aku semakin berdebar2…berdebar sebab merisaukan soalan2 yg bakal keluar di dalam kertas exam tu nanti…semester ini sungguh membuatkan aku tidak bersungguh langsung untuk membuat persiapan peperiksaan…mungkin disebabkan masih ada assignment yg perlu disubmit…tapi aku tetap berjumpa dgan buku2 yg sepatutnya aku baca agar aku dapat menyedapkan hatiku untuk menjawab exam nanti..org disana sudah mula merisaui keadaanku yg bakal menjawab exam nanti dan beliau mulai berleter dgan sikapku yg agak2 macam seorang pemalas ini…tapi apa yg mampu aku lakukan adalah berjanji yg aku akan mengulangkaji pelajaranku…sudah pastila…hanya itu ayat terbaik yg mampu aku fikirkan…20hb ni exam wajib fakultiku iaitu sistem sosial dan perlembagaan…disebabkan assignment berkumpulan subjek ini masih belum disiapkan lagi aku menjadi tidak boleh untuk menumpukan 100% tumpuanku terhadap buku dan aku juga berasa tidak lega kerana assignment masih lagi belum disubmit. Ini bukanla alasan semata2 yg cuba aku reka tetapi inilah kebenarannya…kadang2 aku pun terasa jugak yg aku ni sebenarnya bukanla seorang pengulangkaji pelajaran yg bagus kerana aku gemar untuk study last minute mcm ni laa…sejak dari bangku sekolah lagi, tabiatku ini aku bawa sampailah ke UKM…mungkin betul kata salah seorang lecterur aku…beliau pernah berkata semasa beliau mengajar yg ada manusia akan rasa sakit sekiranya study awal2…hehehe…adakah aku juga dalam kalangan orang2 seperti itu…walau apa2 pun…aku sebenarnya berasa takut untuk menghadapi peperiksaan nanti…walau bagaimanapun dengan semangat waja yg kuat aku telah mengerahkan segala kudrat aku untuk terus study dan Alhamdulillah aku skrang sudah mula membaca buku dan tidak lagi selalu bermain pet society yg ada dalam face book tu…tapi kadang2 aku main jugak…itulah cerita yg aku sedang alami sekarang.

4/13/2009

~04/04/2009~his birthday~







Tarikh ni mmgla xda kaitan pun dgan sape2 kat luar sana…klau da pun mgkin secara kebetulan sahaja…tarikh tu sebenarnya bf I punya birth date…so nk dijadikan cerita yg boleh dikongsi bersama-sama…I pun kluar la berdating dgn bf i…pegi ke Klcc nk tgk wayang. Hari tu i bangun awal jgk x seperti hari2 weekend yg lain…yg agak tersasar jugakla time bgun tido I tu…heehee…I bersiapla pagi tu…pkai baju baru yg I beli kat kajang…yg harganya RM 10 je n dgan kasut wedges baru warna putih yg harganya pun xla mahal sgt…RM 15 je…so bila I dah siap comey2 tu I pun keluarla…dalam pkul 10.15 pagi I tuggu bas kat bus stop Kajai tu…masa tu bas macam bru je lepas…I pun tanpa membuangkan masa I pun terus tahan taxi…takut terlambat je jumpa si dia…hehehe lagipun I dah booking tiket wayang dah takut lewat je nk ambik nnti…sampai kat KTM I pun bratur cepat2…mujur train x lepas g…hari tu kt KTM cam x berapa ramai org sgtla…pastu I naik train n luckly I dapat duduk…bkan senang nk dapat duduk pada hari sabtu…kdg2 tu siap mat2 indon n bangla je yg dapat duduk…dhla dorg bkan warganegara sah Malaysia…cukai pa pun dorg x bayar tapi sewenang2nya dorang dapat duduk kat dalam public transport kita ni…I meneruskan perjalanan I ke BTS…lamanya la nk sampai ke sana…perasaan bosan berada dalam train yg mula ramai di kerumuni students upm Serdang mula membuatkan I berasa nk cepat je sampai…bila I sampai dekat BTS tu…perkara pertama yg I buat ialah pegi ke toilet…bukan apa nak betulkan make up i…mestila kan sbb nak jumpa si dia…then I pegila q beli tiket ke masjid jamek…I sbenarnya dah janji dah nk jumpa si dia kat CSL…dah sampai CSL I pun terus naik lrt tu…naik kat bah. depan skali…mmg tmpat fav I la bah depan tu…sbb kdg2 x ramai sgt org compare ngan compartment tgh2..masuk2 je lrt yg dr Ampang tu I nmpak dah si dia…hehehe simple je birthday boy ni hari ni…tapi walau sesimple mana pun dia bagi I dia ttp hensem…alaaaa korang pun mesti stuju gak kalau bf or gf korang berada dlm keadaan yg sama dgn we all ni haa…bila sampai masjid jamek I n si dia tkar train plak nk pegi klcc...sampai je kat sana I tgk jam…masih lagi awal so we all decide nak makan dulu memandangkan I dgn si dia yg mmg tgah kebulur…we all makan kfc masa tu…terlupa nak boikot plak haritu…hehehehe…tgah2 I makan tu datin husna my gang up msg…kebetulan dia n kawan dia pun masing2 menikmati kfc jgk…jadi xdala rasa bersalah sgt sbb I lupa nk boikot kfc…huhuhu…masa kat kfc…ada la sorang pak cik yg macam 3 suku skit…dia kutip sisa2 makanan yg x habis…I terkedu sbb masa kejadian I duduk sorang2…n kat meja sebelah I adalah ayam goreng (wings my favourite parts) milik pekerja kfc tu…budak yg meninggalkan ayam tu x makan lagi sbb nak ambik air…yg harunya pak cik tu slumber gila amik ayam bdak tu…n masukkan dalam bekas minuman yg kosong…I yg sedang terkedu x dapat berkata apa2 sbb takut ayam I plak yg dia ambik nnti…kemudian budak yg kerja kfc tu dtgla nk makan bfast dia…kesian sgt kat dia u all…dia terkejut ayam dia hilang…I nak cakap kat dia yg sebenarnya ayam dia telah diambil oleh pak cik yg x berapa ok tu tapi budak tu dgan pantasnya menuduh kawan 2 dia yg curi…xpala…I pun cakapla dlm hati…”lantak kau la”…tapi apa yg menyedihkan i bila budak tu pandang i seolah2 macam I adalah pencuri ayam dia…i menjadi benggang n terus i borak kuat2 dgan bf I…I cakap macam ni”kesian budak tu…baru nak makan …tapi ayam dia dah kena ambik dgan pak cik yg gila tu”…tujuan i nak memadamkan perasaan syak dia terhadap i je...lantak dia la nk percaya ke x…I bkan nak sgt pun ayam dia tu…huhuhu…pastu I pun kluarla n terus menuju ke tgv nak collect tiket yg I dah booking…haritu we all tgk cerita “knowing” bestla jgak sbb ada banyak action dalam cerita tu walaupun endingnya macam tiada logika…so hari tu we all habiskan masa dgan berjalan2 sekeliling klcc…we all pergi tgk dinosaur & pameran fi bestla jgak…bila petang plak we all pegi minum air kelapa…best tapi sebiji tu mahal gila dalam RM 4.80, tapi sbb dah teringin punya pasal we all mnumla jgak…pastu we all balik dgan menaiki train dekat stesen bandaraya…hari tu I rasa seronok sgt walaupun I x berikan hadiah pada bf I pada hari jadi dia tapi I ttp dapat habiskan masa dgan si dia…
P/s: I dah belikan dia hadiah awal2 ek…Cuma xdapat berikan pada 04.04.09 je…

~my perasaan~




sampai sekarang aku masih binggung dgan perasaan aku ni. banyak sangat rasa yg aku rasa...tapi perasaan yg paling aku suka mestilah perasaan gembira...mmgla x selalu aku rasa perasaan ni...sebab aku bukanlah orang yg tidak pernah ada masalah...sampai kini pun aku masih lagi mencari perasaan tu...kat manalah ianya menyorok agaknya...kdg2 tanpa aku sedari perasaan gembira tu dtg dgn sendirinya...bila ianya datang...ia membuatkan ku tersenyum...aktiviti senyum jga merupakan aktiviti kegemaranku...tp kalau senyum tanpa sebab org lain akan kata kita gila plak...jadi nak x nak aku terpaksa mengimbau kembali peristiwa yg pernah membuatkan aku bahagia agar aku boleh tersenyum...senyum tanpa sebab sebenarnya membuatkan aku x seronok...kenikmatan kegembiraan tu x dapat aku kecapi...misalanya aku tersenyum sbb aku wat salah ker...mmg la perasaan gembira tu xkan dtg punya. dunia masa dulu lebih byk membuatkan aku tersenyum jadi mmg selalulah aku bertemu dgn perasaan gembiraku...tapi bila aku makin dewasa aku mcam dah semakin jauh dgn perasaan gembiraku...kenapa ya?...mungkinkah disebabkan aku sendiri yg tak mau bertemu dgn perasaan gembiraku tu...atau perasaan lain sukakan aku lebih dr perasaan gembiraku itu sendiri..

4/11/2009

~~teman setiaku~~


ni taddy ni namanya beebee..taddy ni aku dapat pada 15 Januari 2008...birthday present daripada si dia...aku ni bukanla yg jenis suka sangat tido berhimpit dgan taddy bear tapi aku tetap suka. sbb kadang2 boleh jadi tempat aku letak kaki bila aku baring ke...hehehe( jgn marah ya T.D.H...) anyway tq sangat2 for this precious thing...i really love it...klau boleh nak lagi 2...tapi yg lagi besar eh...tahun depan ke..=)

~~aku yang hero~~

Semua orang adalah berbezakan?…begitu juga aku…aku berbeza dari semua orang yang pernah aku kenali…kalau ada persamaan pun mengkin dari segi attitude, taste and desire…tapi aku sure xkan ada yg 100% sama dgn aku…aku suka sgat dengan nama yg parent aku kasi…Noraziela…just simple n nice…tapi time aku cari maksud nama aku ni xdala la plak…xpala mungkin penulis buku tu x sempat nk letakkan nama aku…aku lahir tgah2 bulan Januari…tahun 1987…kat rumah aku sendiri..bukan di hospital mana2 ek. Aku tetap bangga walaupun lahir kat umah…mama kata masa aku lahir dulu, berat aku 3.9…so x hairanla napa aku gemuk skang kan..hehe.aku ni simple je…tapi cepat melenting…naik angin…atuk aku ckap aku ni ikut pragai abah aku yg mmg sedia garang tahap 120 darjah celcius. Ini mmg terbukti bila aku dengar sendiri pengakuan dari mak sdara aku yg jaga aku masa aku kecik2 dulu. Dia cakap aku kalau merajuk @ marah, habis rumah dia aku sepahkan…(sorryla mak…org kecik g masa tu mana taw wat sepah)aku ni boleh dikatakan lone ranger…Mama & abah kerja so aku kadang2 duduk kat umah mak sdara aku…kdg2 umah sendiri…bila aku x lepak kat umah mak sdara aku ni…aku watla hal aku sndiri kat umah tu haa…tgk tv sampai mlm, main brngan make-up mak aku sampai gincu dia habis patah2, melukis dalam buku yellow pages...& byk lagila kije aku wat dulu masa kecik2 tu...aku masih ingat lagi, aku pernah kena marah ngan mama sebab aku conteng gambar kahwin dia…manala aku nk taw. Aku dari kecik mmg agak kasar, pokok2 rambutan kat umah tu semua dah pernah aku panjat…Cuma yg tinggal pokok kelapa je yg aku x cuba lagi. Aku pun x tawla apa yg seronok sgt panjat pokok tu…maybe sebab dah bosan sgt duduk kat dalam umah….tu yg rasa nk cuba duduk atas pokok tu. Then bila aku dah masuk pra sekolah…xdala rasa bosan sangat duduk kat umah tu haa…aku x masuk tadika pun…mama akula, xmau anta pegi tadika…selain ganas aku ni pun banyak mulut gak dulu…ramah sangat. Ingat lagi masa mula2 ikut mama aku pergi pra sekolah utk daftar…masa tu mama aku ni lupa bawak apa ntah…so dia balikla & aku ditggalkan kat pra tu…hahaha apa lagi seronok la aku. Dgan x berkasutnya aku pergi main buaian, gelongsor tu semua. Dah nama pun lone ranger, aku x peduli kawan2 aku yg datang ngan mak bapak dorang…aku janji main je..bujet konon2 anak cikgula tu..hehehe, tapi disebabkan keramahan aku, aku ada ramai gang-up masa pra skolah… first2 aku dapat kawan pada hari mendaftar tu jga…nama first kawan aku ni Farah..masa tu dia xda gigi kapak…kelakar gila muka dia…budak2la katakan. Tapi skang aku dah tak taw mana Farah tu berada. Aku masa skolah mmg agak aktif…x caya cubala Tanya cikgu2 aku yg dulu2 tu…darjah satu aku jadi ketua kelas sampai darjah 3. Aku pernah Tanya cikgu aku tu…kalau x salah nama dia cikgu Rozita, aku tanya napa x pilih budak lelaki je jadi monitor…cikgu aku selamber je cakap “ kamu banyak mulut sangat, sebab tu cikgu pilih kamu je…senang sikit kerja cikgu”. Sampai skang aku ingat lagi cikgu darjah satu aku tu cakap camtu kat aku. Tengok…mmg aku ni sah2 banyak mulut seperti yg pernah diceritakan oleh jiran sbelah umah aku dulu. Kenakalan aku sangat maksimum masa aku berskolah rendah dulu…aku masa umur 7, 8 tahun dah terlibat dah dgn lumba basikal ni…hehehe tapi basikal kecik je…yang tayarnya bukan tayar pakai tiub tu…tapi tayar basikal yg kalau kena paku gerenti x bocor punyala. Aku ngan kawan aku yang namanya Farahmiza…dah kawin dah member aku yg sorang ni. Kadang2 bila mama n abah aku xda kat umah aku akan bawak basikal aku pegi umah kawan2. Kalau nasib x baik mak sdara aku akan report kat mama & abah aku…mmg kaki report skit mak sdara aku yg sorang tu. Dunia aku masa kecik sangat banyak kenangan yg x mampu aku lupakan, jatuh sungaila, belajar bawak basikal besar sampai langgar2 orangla, main kat sawah padi dgn pakai baju skolahla, yg paling best dapat tunggang lembu kat umah kawan aku (hehe lembu bapak dia)…banyak sgt…semua yg aku wat dulu tu x pernah diketahui oleh parent aku taw. Dorang terlalu sibuk jadi aku fikir better aku buat sesuatu yg boleh menghiburkan hati…kalaula aku diberi peluang untuk jadi aku pada usia 7 tahun aku nak sangat belajar untuk berdikari dgan lebih sempurna lagi…aku sayang sangat kenangan aku masa aku kecik.

4/10/2009

02.07.2007~07.07.2007

Hari ini hari kedua, ketiga, keempat, kelima...pendek kata dah sampai seminggula aku duk kt UKM ni...kitorang semua kena bangun awal pagi sepanjang 3m tu seh...kalau x silap aku kena pegi solat Subuh kat masjid UKM...aku pun ingat2 lupa daaa...then bila pagi je para senior ni tunjukla keprihatinan dorg dgn suruh kitorang amik bfast sblm pg berjalan jauh ke fakulti masing2 or buat aktiviti yg telahpun dorg rancangkan utk kitaorg ni haa..."eleh bila malam korang semua tenking kitorang si junior yang naif ni yek...bila siang tunjuk prihatin yer...aku bukan benci or anti giler kat para senior time 3m tu...sbbnya... aku skang ngan ketua fasi time tu ade afair haaa sampaila skang...hahaha..kalau nk dikatakan best...aku ni biasa je...tapi aku rasa aku dah cipta sejarah sebab dlm minggu 3m dapat bf dah haaa...senior plak tu...jap2..nilai tambahan lagi...ketua fasi lagi tu...tapi tu bkan cite best pon...yg bestnyer aku nk cite pasai bgaimana dorg para senior ni layan kitorg..korg nak taw dalam kalangan kitorang yg freshie ni adala sorg mamat ni nak tunjuk hero kot...nama dia Johan...Johan yg tak berapa nak johan ( jgn marah yerk en. Johan)...dia ni ntah mana jin ntah yg masuk dalam badan dia sampuk dia suh jadi kuang ajaq dgn para senior ni...ada je kesalahan yg dia buat yg buat para senior marah gila dgan dia...sengetla budak tu..xpun kurang kasih sayang...hahaha..dia brani lawan para senior especially para senior yg laki2 ni yg bujet kuat melampaui akal fikiranku...nak jadi kisah tragik si budak Johan ni kan...ada la satu malam ni...dia agaknya dah lama sgt nk hembus para senoir tu sume kot..so terjadila pergaduhan...masa kitorang tgah berhimpun tu dia pun kena panggilla naik kat atas bukit..yang x boleh blah nyer para senior 3, 4 orang ni duduk tenking2 dia..pastu ntah cam mana ada sorg bro ni blasah si Johan yg senget ni depan mata kitorang. kesian gila Johan tu x mampu fight back...yelaaa kan ramai...tapi syg jugak x ramai daripada kalangan junior yg laki2 ni kua pegi backup si Johan tu...apala korg ni semua...aku kalau kuat aku pegi je lawan senior2 yg mereng tu..ada ke patut dengan rela hatinya menyepak budak junior tu...masa tu aku takut + cuak jugakla...aku masih ingat lagi..ketua fasi(yg dah jadi bf aku skang) cakap"korang jgn ingat korang ni dah jadi warga UKM yg sah, selagi korng x angkat sumpah korg x layak digelar students UKM"..masa tu aku mmg agak menyampah kuasa dua kat "si dia" yg senget tu...hehehe( abang jgn marah ye)..bujet bagus jer..tapi lama-kelamaan baru aku sedar apa tujuan mereka buat macam tu...tiap2 malam dorg tenking kitorang ni...kutuk sana sini...xpuas hati kat kitorang...suruh nyanyi...melalak tgh2 malm...aku x pernah terfikir pun dengan adanya tradisi "perang DECTAR" membuatkan aku dan ramai lagi freshie2 kajai bersemangat untuk unite n fight with other colleges...especially KKM n ZAABA...huhuhu..aku ingat lagi malam terakhir kami berada dalam DECTAR...pc pusat dah suruh berambus dah tapi kami masih lagi duk dlm DECTAR tu...tempat warga Kajai ni special skit kat atas nun di merak kayangan...aku malam tu dahla duduk row pertama..takut+cuak+sakit perut+gementar kuasa 3 sume adala...kitorang x bergerak lgsung...nak provoke punya pasal katakan...semua kolej pun sama cuma Kajai ni kuat sikitla..hahaha...pak guard datang kat aku mintak kad matrik sementara aku n kawan2 aku...dia halaunya aku ngan kawan2 aku...aku apa lagi wat2 xnmpak pun...aku x takut sgt..sebab aku taw bila para senior kitorang masih lagi setia menemani kitorang...thanks la u all ek..tapi ntah macam mana ntah...keadaan jadi genting...row aku kena paksa bangun...nak x nak..salah sorg pc tu bawakla kitorang kua...tapi masa aku kua tu semangat nak mempertahankan semangat Kajai tu memuncak aku bantai lari masuk DECTAR semula n then sume kawan2 aku yg row pertama tu ikut...masuk2...satu DECTAR gelap...masa tu kuala semua lagu2 pembakar semangat kolej yg kitorang blaja selama ini...dengan kekuatan vokal yg ada aku x nyanyi dah...aku jerit je...walaupun Kajai sikit je bilangan studentnye tapi suara kitorang dapat kalahkan satu ribu org budak KKM n ZAABA taw...tu yg rasa bangga gila tu...lepas tu barula aku sedar apa yang cuba ditunjukkan para senior kpd kami...semangat menjadi warga Kajai...ohhhhhhhh terlupa plak nk gtaw...si Johan yg senget tu rupanya pelakon tambahan para senior kitorang masa tu...membazirkan rasa simpati aku je pada dia...hampeh tol...dari saat itula aku telah jatuh cinta pada Kajai...aku juga telah mengistiharkan Kolej Rahim Kajai sbg kolej yg paling best dalam alam semesta ini...hahahaha..seronok bila mengimbau kenangan lalu.

4/08/2009

~01.07.2007...my journey begin~

tarikh ni maybe tarikh biasa je bagi korang yg kat luar sane...tapi bagi aku & member2 yg seangkatan dganku...tarikh ni merupakan tarikh keramat kami menjejakkan kaki kat UKM yang indah dan permai ni...masa tu Tuhan je taw betapa happynya dalam hati aku tapi aku taw...happy lagi bapak aku yang tukang menghantar aku masuk u ni..mana x happynya anak pompuan tunggal dia masuk u dah tu yg pertama plak tu dalam kalangan sibling aku...yelaaa anak sulung katakan...masa mula2 masuk UKM...nak nak lagi masuk kolej Rahim Kajai yang popular benar dgn trademarknye "kajai pantang kalah"membuatkan aku lagi bertambah gembira. tapi itu semua sementara aje. yelaaa, sebelum kena ragging la kan...pagi 1hb tu aku n parents aku bersama2 jugak kawan bapak aku pegila nk mengdaftarkan diri...masa tu aku free hair..sebab memang dah asal macam tu kat tempat aku dulu. bila dtg je nk pegi ke dataran depan opis kajai tu ramainye la budak2 pompuan yg baru masuk ni bertudung...ahhhh sudah dalam ati aku masa tu risau gak...takut la UKM ni sebenarnya cam UITM tu haaa...tapi aku rilek lagi...aku pun pegila duduk kat bangku yang telah disediakan...chewahhh first row ok...aritu dorang yg senior-senior ni bagila kitorang tengok cite pirates of caribean sementara nk tggu pegi daftar...xpa aku layan je...then aku pun masukla kat foyer KRK yg agak macam bangunan lama tu kan...hehehe. aku pun daftarla...sukanya dah jadi warga Kajai time tu. masa dah bis daftar tu...adala sorang gentleman ni tegor aku...dia briefing macam2 jugakla kat aku...then aku saidla tq pak cik...korang taw x siapakah beliau...hahaha..beliau ialah Prof.Madya.Dr. Muhammad b. Husin...aku punya pengetua kolej daaaa...masa tu aku taw mesti Dr. Mat benggang kat aku...ada ke patut aku panggil dia pak cik..then pas abis mendaftar aku pon pegila ke bilik baruku...ingat lagi blok D, bilik no 310 aras 3...hahaha ke bawah gila...penatla aku kena naik turun tangga. lepas aku berpeluk cium untuk berpisah dgan mak aku wat sementara waktu aku pun pegila ke foyer untuk mengikuti program minggu mesra mahasiswa 3m tu...hohoho petang tu ok lagila para senior ni melayan kami...malam tu dorng suhla kitorang ni mendaftar biro2 yg ada...masuk sukan tu sukan ni laaa...xpe aku layan jer..aku xde kawan g masa tu..mana xnyer org lain sume dapat roomate aku je duk sorg2 sbb roomate aku bdak 2nd year time tu...hahaha...bila dah larut malam tu kekejaman para senior mula terbongkar...wahwahwah dorang...selamber jer tengking2 kitorang...ishk2 aku still ok lagi...lantak dorangla nak bebel papa pun...janji aku mengikuti semua program yg tertulis kat dalam pamplet tu...perkara pertama yang aku ingat lagi adalah kena gantung kunci bilik kat leher...apa kena la dgan para senior nih...dahla kena gantungkan pastu x bleh wat bunyi plak tu..kalau x siapla kitorang kena denda...tapi first night kitorang dapat tido awal...first nite jelaaaa...soknya kitorang kena bangun awal kalau x kena marah...ishk2 itu pengalaman hari pertama aku berada kat KRK, UKM ni...kedasatannya akan bermula dihari-hari yg berikutnya =)

3/29/2009

~karangan best~

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

"cerita lawak"

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”
Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”
Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.