BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~My FaNs~

1/28/2010

kenapa kamu tak pernah paham perasaanku yang ingin bersamamu

mood: biasa saja...sebab aku tak banyak sangat memikirkan masalah yang aku ada...takut nnti makin botak pulak...hehe
situasi: aku baru je rasa menyesal sebab picit jerawat dimuka...habis merah2 pipi aku..
harapan: semoga duit ptptn aku cepatlah masuk...aku sudah kering poket ni..
koordinat: duduk bersila diatas kerusi sambil mghadap lappy...kalau xmghadap laptop..camne aku nak update blog ni...
jam:02:30p.m

besok...aku akan pergi...kemana??hummm kemana2 ajela..membawa hati yang lara...lara???kenapa aku lara?...suka hati aku la aku nak lara...hehe...besok pagi kalau jadila...aku akan bawak diri...pergi jauh dari kamu...nape aku kena pergi???aku kena jugak pergi...sebab duit dah pun aku bayar...sudahler tabungan kewangan aku xbanyak...bak kata orang2 tua..tak baik membazir...jadi aku kena jugak pergi...ini semua sebab kamu la...kamu memang suka kan aku pergi...tinggalkan kamu...tinggalkan kamu sendirian...kamu bebas tanpa aku...tapi...kamu kan sudah tahu yang aku...aku tak boleh jika tiada kamu...tak boleh ke???aku rasa tak boleh...kalau aku dalam kesedihan...kamula yang akan aku cari..


aku sedih wooo...waaaaaaaa!!!!!..kalau kamu tak de..sape nak teman aku...!!!kamu bertahanlah dengan aku sampai bila2 yek...

jadi kamu tak boleh tak ada disampingku...tetapi apakan daya...kamu sungguh tak adil...kamu mahu juga aku tinggalkan kamu...apa??...kamu boleh kalau tiada aku???ahhhh aku tak percayalah...kamu cakap je macam tu...aku tahu kamu pun macam aku...tak boleh kalau aku pun tak de...kamu dan aku sudah lama kenal antara satu sama lain...semuanya aku curahkan kepada kamu...


macam2 aku curahkan kat kamu...air mata aku...air liur basi aku..air milo pun ada...tu belum masuk yang tak dapat aku kesan dengan mata kasar aku...kamu sangat setia melayani aku...

kamu dan aku mana boleh dipisahkan lagi...kamu juga taw kan aku sangat senang hati bile nmpak kamu...lebih2 lagi bila dapat bau kamu...aku rasa macam satu perasaan yang sangat nyaman...bau kamu adalah satu dalam sebillion...selama ni...aku pergi kemana2 pun..mana pernah aku dapat bau macam bau kamu...hanya kamu je yang ada bau yang nyaman ini...aku kenal bau kamu walau dimana pun kamu berada...walaupun rupa kamu tak dela cantek sangat dan aku tengok dengan mata kasar aku...kamu ni comot2 saja...tapi hati aku telah lama terpaut denganmu...rupamu...lagakmu yang selamba bila aku buat macam2 perkara keatas mu dan juga baumu...


dalam bulatan: itulah sayang aku yak itu bantal busuk aku...klau kamu xde..tidor malam ku xlena..camne nak bawak kamu pegi lenggong besok ni..xmuat beg dah...hehe~

tapi kamu tahu tak...besok aku terpaksa tinggalkan kamu...aku mahu bawak kamu tapi aku tak taw macam mana...aku mahu kamu sentiasa menemani aku...kamulah yang aku ada sekarang ini...tiada apa yang lebih penting dah bagi aku selain kamu...kamu sangat unik...aku harap besok kamu boleh jaga diri dengan baik bila aku tiada...ingat pesan aku...'jangan melayan selain aku'...hehehe...aku sayang sangat kat kamu wahai bantal busokku...muahhhh

p/s: hanya orang yang cekal dan kuat semangat sahaja yang aku akan pilih utk membau bantal busuk aku ini...yang lain yg xdapat bau...jgn kecik ati ye~

1/25/2010

pengembaran seorang budak perempuan yang dalam kesedihan

mood: tak tawla apa yang aku rasa...tapi bila pikir2 balik macam sakit perut..
situasi: efa tido nyenyak..sampai tak sedar kaki dia berlipat2..hehe
harapan: aku tak buat salah dengan sesiapa...tapi apakan daya ianya sudah terlambat
koordinat:diatas katil sambil menghidu bantal busok aku
jam:06:o5p.m

adala satu kisah ni...mungkin ianya kisah benar dan mungkin juga ianya kisah rekaan semata-mata...terpulanglah kepada korang semua nak percaya atau tak...cerita bermula dengan seorang budak pompuan yang pada asalnya xmacam pompuan dah aku tengok...tolak bumper ngan spoiler dia kompom2 orang akan ingat dia jantan...hehe(fakta palsu +gurauan aje)


al-kisah budak yang nak menggembara seorang diri tetapi dia penakot sebenarnya...


tapi dia ni kan banyak sangat cita2 dia...nak ada itu la bila dah besar nnti nak ada inilah bila dah kije nnti...yang kelakar pasal budak ni...dari kecik sampai besar...dia percayakan satu ramalan yang dia baca dalam buku rahsia tahi lalat...hahaha...kalau xsalah aku time tu budak ni baru umur sebelas tahun...darjah 5 ler...apa yang dia baca dalam buku yang ntah benar ntah tak kesahihan isi kandungannya itu, aku pun tidakla tahu...


disebabkan buku inilah...budak itu anggap nasibnya malang...xpatut sungguh dia percaya mende2 yang xsah macam ni...



tapi apa yan aku taw dia benar2 percaya tentang satu ramalan yang mengatakan dia akan hidup dalam kegagalan...dan ianya pula bersangkutan la pulak dengan tahi lalat yang dia ada diatas dahi dibawah birai rambut disebelah kiri...tetapi budak pompuan ni terus menjalani hidupnya macam biasa...dia mula tak percaya tentang ramalan itu bila dia sedang gembira...biasalah manusia akan lupa diri sikit bila dah gembira dan senang...tetapi dia akan kembali menyalahkan dirinya yang dia aggap malang bila dia tidak gembira, bila dia disakiti dan bila dia tidak disayangi lagi...lalu budak ini pun mula berfikir sesuatu yang tak masuk akal dan kadang2 sesuatu yang dia sendiri tak mahu lakukan...pendek kata dia sangatlah mengikut perasaan...tanpa memikirkan kesan buruk yang akan berlaku pada masa akan datang...tetapi budak pompuan ini tetap percaya yang suatu hari nanti dia boleh dapat apa yang dia inginkan cuma sekarang keadaan mungkin tak menyebelahi dia...bermula konflik hidup si budak pompuan ni bila dia mula bermimpi ke alam fantasi...



little girl: heck...camne ni...nak masuk ke tak ni...kalau sesat mane ade coverage punye kat dlm hutan tebal camni...



dimana dia menggembara ke dalam sebuah hutan yang sangat tebal dan berjumpa dengan seekor rama-rama yang sangat cantik...berwarna warni, itulah gambaran bila pertama kali dia rasa dia jatuh cinta pada seorang yang sangat tepat...baik, lemah lembut dan penyayang...tetapi sayangnya sangkaan budak pompuan itu meleset...rama2 tu terbang tinggalkan dia jauh2 ditengah2 hutan itu...dia sangka panas sampai ke petang rupa2nya hujan batu ditengah hari...habis dia cedera parah sebab kena hujan batu tu...


little girl: tak guna punya rama2...kau hanya cantik luaran saje...tapi kau sangat kejam meninggalkan aku seorang diri...dah puas kau bermain dengan aku..kau nak cari kawan baru pulak ekkk...aku fire ko nnti..hehe..


lepas tu dalam keadaan dia cedera parah tu..dia pun terus berteduh sebentar di bawah sebuah pokok yang sangat besar...daunya sangat segar dan indah...dia tidak lagi sakit bila berteduh dibawah pokok itu...malah dia boleh bermain2 riang dibawah pokok itu...kadang2 budak perempuan ni dengar pokok itu bercakap kepada dia, pokok itu menyuruh dia supaya dia cuba juga untuk keluar dari bawah pokok itu..kata pokok itu hujan batu dah semakin reda..tak akan sakit seperti dulu dah kalau dia nak teruskan perjalanan ke destinasi sebenar...tapi budak perempuan ni tak mau jugak keluar dari bawah pokok itu kerana dia sudah sayang dan terbiasa dengan suasana dibawah pokok itu...sejuk je rasa, tenang bila berada dibawah pokok tu dan ianya membuatkan budak pompuan itu kembali gembira...


buat rumah bawah pokok besar macam ni ok jugak...tak payah susah nak bayar cukai
tanah..hehe


tetapi setelah lama dia berada dibawah pokok itu dia mula sedar yang diluar sudah tiada hujan batu tu...lalu dia pun berharap pula yang hujan batu tu bertukar menjadi hujan lebat...alangkah gembiranya dia, keinginan dia dipenuhi...lalu diluar pokok itu bertukarlah hujan yang sangat lebat...hujan lebat yang dia lihat tu telah membuatkan dia ingin keluar untuk bermain2 air hujan...dalam hujan yang sangat lebat tu juga, dia bermain seorang diri tanpa ditemani sesiapa, keberanian dia sangat tinggi tanpa menghiraukan kesejukan, pakaian dia basah mahupun demam yang akan dia dapat kemudian nanti...dia terus bermain dan bermain tetapi dia tetap tidak jauh dari pokok yang pernah bagi dia perlindungan sampailah satu hari dia telah terdengar bunyi guruh yang sangat kuat dan rupanya petir telahpun menyambar dahan pokok kesayangannya itu lalu menyebabkan dahan pokok itu patah...dia mula rasa bersalah...dan berkata2 didalam hati dia..."kalaulah dia tidak meminta supaya hujan batu bertukar menjadi hujan lebat, pasti ini semua tak akan berlaku"...


sayangila pokok2 yang ada disekeliling kita...tanpa pokok2 ni kita xakan dapat oksigen...hehe.


sekarang pokok itu menjadi layu...pokok yang dulunya telah memberi perlindungan dan tempat berteduh kepada budak pompuan ini tidak lagi seperti dulu...budak pompuan ini pun sedar yang dia telah menganggu proses fotosintensis pokok itu...lalu dengan berat hati budak pompuan itu pergi meneruskan perjalanan ke destinasi yang dia sendiri pun tak tahu cuma kali ini dia berjalan didalam hujan lebat dan tidak lagi hujan batu... dia mula sedar hujan yang lebat ni telah membuatkan dia sakit kesejukan tetapi dia tekad dia tak mahu berteduh dimana2 pokok lagi...dan jauh dalam hati budak pompuan ni...dia berharap dihadapannya lagi akan ada pokok yang sama seperti sebelumnya...namun, budak pompuan masih mampu tersenyum bila mengenangkan satu hari nanti pokok besar tu akan kembali segar seperti dulu...



aku nak blah la...nak try hidop kat town pulak...asyik duk dalam hutan je..lama2 nnti confius plak orang ramai diantara aku ngan hewan...



apabila dia tersedar dari lenanya apa yang dia rasakan adalah kesedihan yang dia tak pernah rasa sebelum ini...dan ini telah membuatkan dia kembali sedar kadang2 apa yang dihajati belum tentu dapat dimilki....sekarang aku dengar cerita budak ini dah kembali meneruskan hidup dia seperti dulu2 sebelum dia berjumpa dengan sang rama2 itu dan sebelum dia berlindung dibawah pokok yang besar itu...semuanya adalah takdir untuk dia..itulah al-kisahnya budak pompuan yang sesat dalam mimpi dia sendiri...



my princess is sleeping..when she wake up she hope that everything is only a dream...=))



(cerita ni sesuai utk kanak2 tadika saje kot...kepada kengkawan aku anila n una yang bakal jadi cikgu tadika...sila pertimbangkan karangan aku ni yek..manala taw satu hari nanti ianya boleh dibukukan utk murid2 korang...hehe)

p/s: cerita ini tiada kena mengena langsung dengan sesiapa yang perasan tu ok...hehe













1/21/2010

terharu sungguh aku dengan apa yang korang dah lakukan!!!

mood : biasa2 aje cuma sedikit terkilan dengan orang2 yang berada disekelilingku..
perasaan : tak berapa gembira...mungkin sebab tak dapat apa yang diingini..
harapan : semuanya akan baik2 saja dan semoga aku boleh kembali tersenyum riang cam dulu2...
situasi: ribut kat luar tu...tetapi aku tetap gagah mengupdate blog ni..
koordinat: meniarap diatas lantai...sambil menghidu bau bantal busuk kesayanganku..
jam: 06:08-09:15p.m (lama giless kot sebab asyik main2 je dalam bilik ni)

terima kaseh yang tak terhingga kepada kengkawan semua...kerana anda semua sudi untuk mendoakan kebaikan kepada aku...nak2 lagi pada 15 januari 2010...pada tarikh tu, genaplah usia aku 23 tahun dan sampailah hari ini, umur aku sudah pun mencecah 23 tahun 6hari...12jam..08 minit..hehe...


sayang sangat kat kengkawan aku semua...kepada mereka yang xmasuk gambar dan nama tak disebutkan mintak maafla ye...ruangan terhad..kalau nak gak sile bayar royalti kat aku yek...


terima kaseh la jugak kepada kengkawan elit aku ni...dak2 english literature study memang sempoi dan best...nak2 lagi aku..hehe

dah tua aku ni rupanya...macam tak percaya pun ada, bila pikir2 balik dengan usia yang dah meningkat macam ni...aku mulalah nak letak target suka suki aku sendiri..antaranya aku nak cepat grad dengan pointer yang cukup baik dan seterusnya aku nak dapatkan kerja yang boleh menjamin masa depan aku...aku nak buktikan kepada semua terutama sekali kepada ex-kekasih aku yang sekarang dah jadi ceo kot kat company dia kije tu...yang aku pasti boleh berjaya jugak dalam kehidupan, percintaan dan dalam apa2 saja yang aku lakukan...pokok pangkal hati mesti mau ikhlas...


sikit tahun lagi aku nak jadi ala-ala budak kat atas ni...she got everything..tapi yang pastinya bukanlah dari harta keturunan mak ayah...sebaliknya biarla dari usha aku sendiri...yesss aku boleh!!!

teetttttttttttt!!!!apa daa aku melalut2...sebenarnya aku nak story kat korang pasal birthday aku hari tu...seronok bercampur gembira dan terharu pun ada...bila dicampur aduk semuanya...jadilah rasa nak sambut birthday hari2...terima kaseh sangat2 aku nak ucapkan kepada sahabat2 aku yang telah pun mengingati birthday aku...ada yang antar sms, ada yang telefon dan ada plak yang siap nyanyi2(walau sore xsedap mana)kan lagi lagu "happy birthday"...terharu kot
...even selama ni xda sorang pun yg nyanyi kat aku bila time birthday...

waaaaaaaaa!!!! terharunya...ramai yang ingat kat aku...sampai ada yang aku xpernah ingat birthday dia pun turut wish kan kat aku...huhu!!

tapi yang best ada yang belanja makan...malam 15 jan lepas aku makan banyak kot...sebab ada kawan aku sorang ni belanja...mula2 ingat nak pekena siakap tapi bila ukur2 kemampuan perut...makan sikit2 sudeyh...pastu kan, besoknye,..aku dapat hadiah dari kengkawan yg len..hehehe...dah besar2 panjang pun masih jugak dapat hadiah(padahal aku yang mintak)..ngee~walau apa2 pun...terima kaseh ye kepada yang telah terlibat...dan tak dilupakan juga kepada kawan2 aku...an, ika, ika besar, leya, ros, nurul, wana, jijah,khai semua yang dah arrangekan birthday party buatku...siap ada kek lagi..


tengoklah tu...dapat kek lagi..tapi yang xbestnye...rupa2nya akulah yang paling tua dalam kalangan mereka yang terlibat pada malam tu..hehe...


nyummmm3...sedap..kepada yang terlibat terima kaseh taw...nnti kalau tahun depan jumpe lagi leh la wat lagi cam tahun ni...


haha...wajah kepelikan...mana xpelik..kek ada...pinggan xde...kesian plak tengok dorang makan atas cebisan dari kotak kek...



jeng3...saje je nak promote..ni kek untuk aku pada tahun lepas...dapat suprise party dari si nadhrah & husna...maseh jugak utk korang..

last year husna and nadhrah wat suprise camtu..memang terharula sangat...bila pikir2 balik...walaupun bf aku yang dulu2 tu sorang pun xpenah buat camni..rupa2nya kawan2 aku lagi anggap hari tu penting gak buat meraka...terima kaseh semuanya...ok3...kita tutup cerita apa yang dah berlaku time birthday...so sekarang kita masuk pulak kepada isu hadiah ape yang aku dapat pada hari tu...


yeay3 dapat hadiah...ni bukan santa yang kasi ek...tapi ni hadiah kengkawan aku yang kasik...(bacala dalam intonasi jin yang dlam cite ahmad albab2)

first able, aku dapat hadiah dari cik ziha...dia kasik mug koleksi pooh...cute sangat macam tuannye jugak(ehemmm sebab terpaksa)..then an & khai bagi aku little cute taddy bear...pastu sharon bagi baju...pastu lagi husna bagi bantal bear...pastu lagi kan aku dapat birthday card dari kengkawan dan juga aku coklat dari ah bee..seronoknye...


ni hadiah pertama yang aku terima dari ziha...comel sangat..dan walaupun dalam bilik aku ni xde mug dah, sebab hilang...namun aku tak bercadang langsung nak gunakanya untuk bancuh air dalam ni..


yang ni pulak hadiah dari pasangan sempit...an dan khai..tapi time ni dorang dah tak sempit dah...masyhuk dah skrang..maseh kat korang...hehe!!


kawan indian aku plak...si sharon 2 dia kasikan baju ni kat aku...hari2 kalau aku g kelas dia mesti akan tanya nape xpakai baju dia beri..bukan xmau pakai, cuma selama pegi kelas xpernah pun pakai baju baru...selalu rotate baju yang bawak pegi makan malam sebelumnye 2 je..hehe..menjimatkan sabun namanya ni..


hahaha...yang ni plak...dari cik husna...maseh taw...sayang kat ko gak x1000...(balas dari ape yg ko tulis dalam kad2...)

tahun ini aku rasa ramai je kengkawan yang berada di sisi aku...dan satu je yang aku inginkan...aku harap semua yang pahit yang dah berlaku lepas tak berulang lagi...sebabnya aku sedar aku ni tak lah sekuat mana...kepada yang dah mendoakan aku tu...aku nak cakap yang aku sayang sangat kat korang...muahhh la untuk korang...


ni kad wish dari husna...aduhhhh aku lemah je bace part "semoga bertemu jodoh"...kalau xde pun xape..tapi kalau ade aku terima dengan tangan dan hati yang terbuke..chewahhh!!!


ni kad dari ziha...maseh utk segala wish yang ko dah tulis ni taw...


dan ni plak dari kengkawan kat kajai...terima kaseh yek korang...luv u ler!!!weeeee~

once again aku nak ucapkan terima kaseh banyak2 yang telah pun secara langsung dan xlangsung yang telah menggembirakan aku pada 15 januari 2010...

p/s: sempena aku dah genap 23 tahun....kepada sesiapa yang membaca blog aku ni...dan mengenali aku...aku nak mintak maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau terbuat salah...aku manusia biasa bukan supernatural ke ape ke..yang xpernah lari dari buta salah...peace and salam satu malaysia(tibe2 daa)



1/19/2010

apa yang dah berlaku pada 13 januari lepas ek!!!

mood : tiba2 rasa macam dah tiada yang peduli dah...
situasi: kawan2 aku yang melepak didalam bilik semua sibuk wat hal mereka sendiri..
suasana: suram je, moody pun ada jugak...macam ade yang nak datang bulan pulak...
koordinat: atas kerusi, mengadap laptop...
jam: 06:50pm...

dah lama giless aku x update blog aku ni...al-maklumlah agak sibuk sikit semenjak 2 menjak ni...sibuk dengan social network aku tu la...alaaaa "si muka buku2"...


bila aku bukak laptop je...page ni la yang aku nak sangat tengok...hehe...

hummmm camne ek nak start cerita aku kali ni...yelaaa sebab aku nak story kat uolls cerita aku kua ngan kengkawan aku tu hari..jeng3...13 januari 2010, bersamaan dengan hari rabu...ditemani cuaca yang indah dan bersama2 semangat yang kental untuk menghadiri kuliah pada pagi itu membuatkan aku sungguh bahagia...disebabkan kelas Mr. Ravic dibatalkan..!!!!!

waaahhhhh korang senyum lebar yek bile lecture dibatalkan...eh eh cik husna siap tunjuk "peace" lagi 2...ngeeh3..

arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!boring plak cara aku karang cerita kali ni...xboleh jadi ni...hehe..nak dijadikan ceritala kan...pada rabu lepas aku and coursemate aku...husna gedik, nadhrah blur, ziha poyo, kk senget, ayien selaku ketua rombongan, nisa, tiqah, yati becok, kak mek kecik dan aku yang cun ni telah membuat satu rombongan ke metro point kajang semata2 untuk makan di kenny rogers roasters...(disebabkan ada promotion je ler..kalau tak..tak kuasa aku)...

metro point ni la yang kita orang serang tu hari...

hari tu sangat seronok kot...dah lama x spent time dengan kengkawan course aku ni...perjalanan ke kajang yang sangat seronok...naik bas mini...bergambar dalam bas mini...sampailah kitorang diketawakan dek driver bas tu...hehehe...cume yang tak tahan...ramai sangat mat2 indon...n bangla...hehe...perjalanan ke metro point pada hari itu sangatla menyeronokkan kerana sudah lama aku tidak merasakan muka aku di pukul dek angin yang sepoi2 bahasa disamping wajah ayuku telah tercemar dek tudungku yang herot2 akibat kelajuan angin tahap maximum yang menampar mukaku ini...tapi nak wat camne...bas rapid telah meninggalkan kami bersepuluh tanpa sebarang pilihan terakhir pun...maka dengan rela hati kami telah memilih bas mini yang comel itu untuk meneruskan perjalanan ke destinasi...

gumbiranya kami sebab dapat menaiki bas mini sambil bersiar2 menuju ke pekan kajang...teringat zaman skolah dulu naik bas "bee huat"..hehehe

setibanya kami di pekan kajang...sebelum kami menuruni tangga bas yang dah agak2 macam nak runtuh tu, sempat pulak si driver tu mintak kami amik gambar dia...hellooooo...kalau kitorang amik gambar abang driver tu..nanti kalau upload dalam facebook nak tag nama sapa pulak kan...setibanya di pekan kajang..seperti biasa penyakit lama aku datang...iaitu penyakit takut nak lintas jalan. yelaaa banyak sangat kenderaan diatasnya...maka macam anak ayam jugakla aku berlari ke hujung sini dan sana semata2 mau melintasi jalan.

anak ayam: apa pasal kita plak yang dapat nama xpandai lintas jalan ni...huh..!!

agak2 dalam pukul berapa ntah...kitorang sampai metro point...fuyoooo ramai gilesss orang yang makan kat krr pada hari itu...yelaaa kan dah namanya pun ada offer...can get free meal set when buy 1 set, but the condition...the customers should where red clothes or bring any red's accessory. tetapi hanya 5 orang je yang kena pakai baju merah dan aku pulak terlibat sebagai yang menumpang je...sebabnye pergi kelas hari itu, aku xikut tema daa.


aku dan yang lain2 yang tidak mengikut tema...so kami ini hanya diibratkan menumpang tuah dorang yang memang secara kebetulan memakai baju berwarna merah...hahaha ada aku kesah...xde..janji dapat makan..

hari itu aku makan banyak la jugak...quarter chicken with 3 side lines...yummmy...kami2 semua menghabiskan masa makan bersama2 disamping sempat bergambar kenangan...chewaahhh...perasaan aku masa itu?huhhhh sangatla happy...sebab dapat makan kot..

yummmy...sedap kot...kat depan aku yati dah stand by dah macam burung hering nak tggu kot2 la aku xdapat habiskan...tentula sia2 je dia wat camtu..

lepas makan kitorang pun bergerakla pulang...tetapi setibanya kami di depan mcD...langkah kami terhenti...selera kami tetiba bertukar untuk menikmati asikrim...aku ikut je bebudak ni..hehe..kanak2 riangla katakan...sebenarnya pada hari itu...niat aku sangatla baik..iaitu ingin pergi ke perpustakaan..tetapi malangnya mereka semua telah berjaya menarik perhatianku untuk join adventure...yang buat aku nak marah lagi..lepas dah kenyang tu boleh pulak mata aku ni mengantuk...dan disebabkan itulah aku terus balik bilik tanpa pergi ke library untuk meminjam buku...sebabnya aku tidak dapat menahan berat kelopak mataku ini...

tengoklah ni...kanak2 riang betol dorang ni..yang paling riang skali si ziha & cik husna2...yang lain2 tu ayu2 je...hehehe

sampai je dibilik aku...aku terus tidur sampaila petang...dan aku dikejutkan dengan mesej dari si sahabat yang sedang berperang dengan seorang mamat indon ni...walaupun mesej dia xdela mengejutkan aku sangat...tetapi ianya telah membuatkan aku terjaga dari lenaku yang agak panjang itu...

terkejut beruk aku bila dapat sms dari si sahabat...padahal xdela papa sangat pun...yang buat terkejut sebab tengok hari sudah petang daaaa...hehe!!

tetapi...apa yang dapat aku banggakan pada hari itu...setelah aku bangun..jeng3...aku terus pergi jogging di stadium bersama2 kengkawan aku...fulamak...bukan senang keajaiban ini nak berlaku kepadaku...

sememangnya berjoging itu menyihatkan...tapi kalau jogging pakai camne...char jugak ni..hahaha...pastu balik, kena ketok..padan muka..

apa yang dapat aku rumuskan untuk hari itu...walaupun niat murni xtercapai tetapi aku masih boleh mengamalkan kehidupan yang sihat...tahniah aku ucapkan buat diri sendiri...=))

1/11/2010

irama lama diputarkan kembali...

mood: tak boleh nak diterangkan...rasa kopi dan milo bercampur2..pelik sungguh rasa ini
situasi: an dengan efa tengah bergosip...aku dengar je..hehehe
harapan: mimpi aku jadi kenyataan
koordinat : atas kerusi..
jam : 03:14 p.m

kalau korang nak taw..."irama lama diputarkan kembali" adalah tajuk album salah sebuah band indie...iaitu the lipstik...tibe2 pulak aku rasa macam nak share lagu2 dorang ngan korang semua...sebabnye kawan aku si ika besar2...berminat sangat dengan lagu2 the lipstik ni...tetapi tak lupa juga kat syahril yang mula2 promote lagu bercanda dimalam indah kat aku...walaupun band ni x famous cam gerhana ska cinta...tapi lagu2 dorang boleh tahan jugak bestnye...cuma sangat kurang publisiti tuk indie band ni..apa2 pun..enjoy ya dengan vc dorang yg telah aku sediakan...manala taw kot2 lepas ni ada diantara korang yang berminat nak wat caller ringtone ke kan...hehehe





nah korang...aku siapkan jugak lirik lagu ni...hehehe..

masih ingatkah dikau kita bercanda
dimalam itu hanya kita berdua
masih ingatkah dikau bintang tersenyum mesra
melihat tingkah laku kita..

masih ingatkah dikau kita berdansa
mengikut rentak dan irama
masih ingatkah dikau kita bercengkerama
ditemani pelangi indah

c/o
tapi itu semua tak pernah kekal lama,
pergi jua kau akhirnya,
ku terpaksa mengundurkan diriku,
demi cinta dikau dan dia

c/o
tapi itu semua tak pernah kekal lama,

pergi jua kau akhirnya,
kuterpaksa mengundurkan diriku,demi cinta dikau & dia..

bercanda di malam indah
bercanda di malam indah..





aku sekarang dah mula suka dengan lagu retro mimpiku...best2..hehehe..





lagu ni pun best jugak...style irama lama...best2..





actually ade lagi lagu the lipstik ni...tapi tiba2 aku macam sudah malas la nak upload...sebab lambat la pulak...so korang carila sendiri..kalau xsilap aku ada lagu about my girl dan cemburu kot...so check it out la ye=))

MEFEK terakhirku

mood: happy je...sebab aku berjaya melakukan apa yang aku suka...
situasi: sunyi sepi je sebab dah pagi bute..
harapan: dapat bangun awal pada esok pagi...
masalah: tibe2 sakit perut sebab makan magee goreng kat Ameer Ali..
jam : 1:07 pagi...


Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad...4 hari berturut2 aku menyibukkan diri pergi ke Panggung Seni sebab ade majlis festival kajai...MEFEK 2010...tahun ni adalah tahun last aku berada di UKM..I/Allah...jadi aku pun amik inisiatif utk menghiburkan diri dengan kawan2 aku...menghabiskan masa dengan mereka walaupun aku macam tak sedar sudah ade assignment telah menungguku....

aku selalu menghabiskan masa dengan dorang sejak aku telah bertukar status dari berpunya menjadi single..hehehe...sayang uolls


masa aku 1st year dulu...aku xpergi pun ke MEFEK ni..sebab xbf aku dia pengaruhi aku suruh balik kg...hehehe(padan muke dia aku salahkan dia)...jadi aku xtaw sangatla ape yang terjadi masa MEFEK 2007/2008 dulu...then masa aku 2nd year...barula aku rasa bagaimana rasanya menjadi ahli MEFEK yang sebenar...menghabiskan masa bersama kengkawan aku dlam menyiapkan pentas...

tapi sekarang time aku dah last sem..& last year aku dapat rasa satu feeling yang seronok...ketika bersama2 kengkawan dalam menghabiskan masa di panggung seni 2..
apa2 pun...tahun ni aku masuk pertandingan gubahan buah lagi...hahahaha..kalau tahun lepas aku masuk dengan cik Husna dan dapat hadiah saguhati je..tetapi kali ini kami berjaya untuk tidak membawa pulang hadiah langsung...sebab kami tak menang apa2 pun...hehehe...hanya sijil je la..


ni la gubahan buah aku n husna...tapi ni yang tahun lepas punye...
yang tahun ni punya...hahaha..xboleh upload sebab terlalu cantek sangat..hehehe


banyak sangat aktiviti2 menarik yang kitorang tengok..malam semalam kitorang tengok teater...memang bestla...teringat pulak time aku 1st year dulu...masuk teater Kajai untuk pertandingan masa pesta konvo..time dulu masa ada bf...habis je praktis teater...si dia pasti akan tunggu...alaaaa teringat la pulak memori tu...
tapi sekarang bila aku telah pun berada di kerusi penonton...aku dah xlepas peluang dah...aku enjoy gile persembahan mereka semua...syabas la kepada kolej yang menang...

siang tadi cuzin aku si faizal tu siap mesej2 aku lagi ajak tengok car saloon kat MEFEK...terkejut aku...semangat gile dia...tak taw ke dia siang tadi panas nak mati..hehehe..tapi aku x pergi pun sbab aku tak mandi lagi & sebab tahun lepas aku dah attend dah car & scooter saloon...jadi xheran sangatlah xtengok auto show 2 siang tadi.


kalau tahun lepas pun aku bergambar cam nak tertutup mata aku sebab panas sangat...inikan pulak auto show siang tadi..lagila panas...huhuhu...kecerahan kulit kena jaga sekarang...penting2=))

malam ni pulak aku menyibukkan diri tengok pertandingan karaoke pulak...boleh tahan semua peserta2nya...tapi yang tak syok aku dah terlepas shuffle la pulak...ni semua sebab kes pergi amik ros ler ni..hehehe...tapi xmengapa...aku masih sempat tgok performances dari grey sky morning...semua lagu dorang aku tak taw kecuali lagu last yang dorang nyanyikan iaitu cinta gila...pas enjoy 4 hari 3 malam berturut2...tiba2 kepala aku teringat something...aku ada assignment rupanya..hahaha jadi aku kena mula buat la sebab hari rabu ni dah kena anta...kerja last minit sentiasa membantu aku memberikan komitmen...semoga aku berjaya..hahaha..


asalnya aku ni rajin..tetapi ntah macam mana sekarang aku sudah menjadi malas sikit...tgok ajela bukti kerajinan aku...walau dimana2 pun aku tetap rajin membaca...hehehe

anyway hari ni aku rasa happy semacam je...tak tahulah kenapa...memang aku ni dah gila kot...apa2 pun kita tggu jelaa aku update cerita2 yang lain pulak...gud morning semua=))

1/06/2010

aku dah admire kat orang dah sekarang...

mood : sakit kepala macam nak pecah
situasi : sunyi giless sebab roomate tiade...
harapan: dapat tido awal malam ni...
koordinat : atas kerusi je..
jam: 10.01 p.m

"perigi cari timba"....dalam englishnye "well looking for the container"...ni la yang de dalam slide show time lecture pepagi bute tadi...aku tertarik giless dgn lecture hari ni...cerita pasal religious in gender...


boy :gedik sugguh ye kau pompuan..xmalu nak peluk2 aku ye

aku ni bukanlah perempuan yang tertib sangat pun...tingkah laku aku kasar...cara percakapan aku pun kasar...hati aku keras...pandangan aku pada keadaan sekeliling lagilah...asyik nmpak yang negatif saje...tetapi itulah jalan yang aku dah pilih...tak pernah pun aku menyesal menjadi diri aku...tapi kadang2 aku pelik...sekasar mana pun diri aku..sekeras mana pun hati aku...aku bukanlah superman pun...yang xpernah nangis bile kene tembak ke...bila kene bom ke...apatah lagi bile kene fire dek oltromen..hehehe...


control macho bro..kalau nanges abisla org ramai kate aku mummy boy...

keadaan dah berubah...masa banyak menyedarkan aku...yang aku ni adalah wanita sejati, sama je macam wanita2 lain...hati wanita ni lembut sangat sebenarnya...maklumlah selalu tewas dengan emosi...tetapi berbalik pada cerita asal yang aku mahu kongsikan...pasal perigi mencari timba...hahahaha..nmpak macam menarik kan kan...dulu aku ban habis2san perempuan yang macam ni...tapi sekarang aku dah faham la skit2 kenapa ade sesetengah perempuan ni bertindak sedemikian.hehehe...

aku xdela kesah sangat pun berjodoh ke x...bagi aku sekarang lelaki semuanye sama je...xde yang boleh dipercaya 100%...jeng3...but sometime perasaan nakal ni datang...maka tertimbullah rasa ingin mengadmire kat orang...

so aku pun letakla target aku...

orang pertama yang aku nak admire...

1.Encik Zaquan Adha..


2.Encik Fahrin Ahmad..


3.Johnny Depp..


semoga mereka taw aku admire kat diorang..lalalalaalala=))


1/05/2010

tolong!!!tolong...kami sesat...

mood: baru bangun tido
keadaan: tengah serabai...
harapan: dapat mandi cepat hari ni..
jam:11:24 a.m
koordinat:atas katil

malam semalam kepala aku & jijah masuk air sikit...sebab tu la kitorang rancang nak menikmati dinner kitorang kat tempat yang jauh...so aku ngan Jijah pun telah decide nak pegi makan kat area jalan Cheras..last2 minah ni brenti jugak kat downtown...

sampai2 je ingat nak order nasi air...


teringin benar nak makan nasi air semalam..last2 xdapat...jauh perjalanan hanya disebabkan nasi air ni je...tgok gambo pun jadikla...

konon2nye sebab tgah on diet...budak amik order tu selamba je cakap "nasi air xde kak"....bila memikirkan yang petang tadi kitorang dah berjongging...so kitorang orderla bihun sup..x nak makan nasi kononnye...lepas je kitorang makan..kitorang pe la lagi..sempatla berjalan2 kat dalam downtown...semalam orang xdela ramai sangat...& banyak je kedai yang buke...cume duit je xbanyak..lalalalalala...


dalam banyak2 warne duit ni..aku hanya bawak 2 note yang berwarna merah je...hahaha..kaya kan aku..lalalala~

lepas kitorang jalan2..jijah, dia kata dia bosan...nak lepak dataran merdeka katanya...dengan tidak berbekalkan lesen...aku terus je ikut dia..hanya kami berdua je malam smlam...merempit sampaila ke kl...bila sampai kat dataran..jijah boleh pulak main2 usha jalan..katenye nak cari jalan pegi times square..aku kagum giless ngan minah ni...dia taw selok belok dalam town yang sesak dengan kenderaan mewah & yang bese2 tu..lepas kitorang dah taw jalan ke times square..jijah nak patah balik pegi dataran..tapi malangnya tersesat sampai bukit bintang...apa la lagi cuci2 mata la kami tgok orang2 yang melepak kat situ...then usaha cari jalan ke dataran kitorang teruskan jugak walaupun kitorang dah banyak kali main pusing2 kat tempat yg sama...


balik2 jln yang sama je kitorang lalu..dah la boleh tahan banyak kreta smlam..ish3

last2 sampaila jugak kat dataran...kat dataran kitorang tgok xdela ramai sgt pun orang..banyak mat2 kreta je yang bersidai n couple2 je yang melepak..so kitorang pun duk la parking kat depan dataran 2 betul n duk sembang masalah negara..xlama tgah kitorang duk sembang2...datang pulak polis buat announcement "sila clearkan dataran..skali lagi sy ulang sila clearkan datarn"..potong stim betol pak cik2 polis ni..jeles xleh tgok orang yang jiwa kacau cam kitorang ni nak melepak..hehehe..


pak cik polis: oitt budak2..baik korang balik..kalau tak aku tembak nnti..

pastu aku n jijah pun berambusla dari situ...kitorang jalan2 sampaila kat klcc..tapi taman klcc dah tutup..kitorang just tgok twin tower yg golap jelaaa...kat bawah klcc kitorang park motor n sambungler sembang...setelah merasakan xde pe yang menarik kat situ...jijah n aku meneruskan pjalanan kami pergi ke pavilion la pulak...haishhhh habis satu kl kitorang pusingla malam semalam...kat pavilion kitorang melepak n sempat jugakla cuci mata...aku nmpak banyak gilesss pondan2 yang mak aihhhh...seksa giless...


pondan2: nyah ape ko pandang2 haaa...aku baling ngan kasut baru uolls taw..

jam kat tangan aku dah tunjuk kol 1lebih...so aku pun soundla jijah supaya kitorang pulang ke UKM terchenta...dalam perjalanan pulang jijah dah confius jalan pulang dah...kami dah xnmpak jalan kebenaran dah..hehehe..jijah sudah salah masuk jalan dah..jalan ke KLIA...memang jauh la..kitorang kluar ikut subang jaya...aku mula2 mmg la rasa lawak..tapi bila lalu je kat highway yang bapak gilesss jauhnye & sunyi...perasaaan takut kot2 la tayar motor pancit ke minyak terus habis ke...mane nak minta bantuan...sekeliling bukit bukau...kreta dahla kureng je atas highway 2...yang xboleh aku terima lagi...meter minyak cantik molek plak dah sampai merah...dah betol atas "e"...memang malang naseb kitorang...aku n jijah dah mula cuak dah...tepon aku plak dah mati sbb bateri kong..jijah pulak xde kredit..


lebih kurang camnila highway yang kitorang lalu semalam...memang jauh..

memang terbaekla adventure kitorang malam semalam...last2 tu kitorang akhirnya sampai depan fakulti perubatan UPM...kitorang brenti & tanya pak guard 2 jalan keluar ke bangi...mujur pak guard 2 banyak membantu...sempat jugakla dia tolong intai minyak motor dalam tangki..bujet samada kitorang sempat sampai ke x...bila je dia kata "sempat ni"...kitorang pe lagi said thanx n cabut la dari situ...saat aku nmpak signboard bangi...aku rasa sangat terharu...hahaha..bayangkan jalan yang kitorang lalu tu xpenah kitorang jumpe pun sebelum ni...hahaha...


kalau habis minyak pastila kitorang kena tolak motor sampai ke bangi..hahaha..

bila sampai je bangi kitorang singgah ler tuang minyak...and tetiba hujan renyai2 la pulak..banyak kan adventure yang kitorang lalui malam semalam...bila nmpak UKM..lagila aku terharu..nak menagis pun ada..hahaha..aku ingat UKM dah hilang la tadi..so kitorang pun selamatla sampai...sampai2 je pulak..aku ni dah la berjanji mau jumpe sahabat...lom sempat hilangkan lenguh kat buntut disebabkan naik motor terlalu lama..aku n jijah kua la plak dgan sahabat ni n rakannya..kitorang lepak mapley...muka aku n jijah memang dah layu giless kot..sbb terlalu letih...


aku: jah aku letih giless la jah...
jijah: aku lagi letih sbb aku je yg bawak motor...ko duk blakang tido je...

dalam kol 3.45 pagi kitorang balik la kajai..sampai bilik lagila aku terharu....aku ingat bilik aku dah hilangla tadi..hahaha...tetapi pagi tadi..aku xdapat tido...mungkin banyak sgt berfikir...last2 aku kecundang jugak..sbb bukak je mata aku tgok hari dah siang..apa lagi aku terus bukak lappy n teruslah aku mgarang cerita ni..hahaha..pengalaman yang xdapat aku lupakan bersama jijah..~the end~