BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~My FaNs~

3/10/2010

kenapa aku perlu benci lelaki...ini sangatla perlu!!!

mood:
u r my sunshine my only sunshine...u make me happy whats kind of great...u never know dear how much i love u...so plz dont take my sunshine go away...bila di translate:(tengah kepanasan sebab cuaca panas)

sitausi:
lagu2 hindi berkumandang kat telinga aku...yeaaaayyyyy bollywood mood now

harapan:
meraka yang berada disampingku semuanya bahgia hendaknya

koordinat:
dalam bilik macam selalu

jam:
dah nak masuk malam dah ni

assalammualaikum...salam 1 Malaysia(mood pembuatan thesis:one Malaysia concept in Lat's cartoon)...haaaa kepada korang yang lelaki kat luar tu yang sedang sibuk membaca entri aku ni, aku harap2 korang tabah jela yek...misi aku kali ini nak hentam sesetengah lelaki yang berperangai buruk yang berada disekeliling aku dan diatas dunia yang fana ini...mula2...sebelum nak mulakan apa2 pun...kite mestilah ada mukadimah...memangla setiap perempuan dimuka bumi ini pasangannye adalah lelaki...walaupun ade yang songsang yang syok kat pompuan...

 ~janganla ada diantara pembaca2 blog aku ni yang berperangai macam dorang yg dalam paper ni...haram tu...dunia2~

alamak teringat plak aku time form 5, diminati seorang budak tomboy...ngeri2...nauzubillah...walau apa-pa pun...perkara pertama yang aku nak buat ialah nak mohon maaf sekiranya ada yang terasa secara langsung atau pun tidak...sebab kita ni tak tahu sampai bila kita hidup...manala tahu jap g pas siap je kelik publish post...aku pun tetiba sawan renjatan otak dan meniggalkan alam yang fana ini...manala tahu kan...jadi aku amik kesempatan nak mohon maaf sebab jap g aku memang nak wat dosa pun melalui penulisan blog aku nih...hehehe...
 hehehe...i'm sorry ye...sesaje nak berkongsi pengalaman yang sudah sedia ada

lelaki...bagi aku lelaki ni adalah satu makhluk yang sama je macam perempuan...dorang ada hati dan perasaan, rasa lapar, rasa mengantok, rasa nak kentut, kencing dan jugak be#@$*...tapi kenapa ya, lelaki yang pernah berada disekeliling aku, semuanya macam tak boleh dipakai(cantik kat luar...koyak rabak kat dalam)...dan ada juga yang memang dah ada rupa tak boleh dipercayai...(kata2 manis adalah modal mereka...normal2)hehehe...perangai mereka sangat pelik, bila lelaki ni susah nak memiliki hati seorang wanita, dorang mula rasa tercabar????
 pelik betol lelaki ini...kadang2 mereka macam tak puas hanya dengan bertemankan seorang sahaja teman setia...halamak berpuitis plak aku

kenapa ya???sebab ego mereka terlalu tinggi kah?sebab mereka bujet pompuan yang jual mahal tu bujet cantik kah???atau sebab mereka rasakan pompuan itu sukar didekati dan tentu sahaja bukan jenis yang suka melayan???boleh jadi...sebab ada sesetengah lelaki nak ikut cara ala2 tun nila sari tu dalam cerita musang berjanggut tu...yang betol2 nak cari calon bini yang bijaksana...macam ni la aku nak kata...kalau betul la lelaki yang pattern macam ni wujud...aku harap yang ada pendirian macam ni biarla seseorang yang jenis pandai menghargai...bak kata aku sendiri..."susah nak dapat, maka biarlah susah jugak nak dilepas"...then, ada lagi...huuuuu lelaki yang jenis berjanji kosong...dari mula kenal sampai la sekarang...modal dia hanya janji2 palsu dia...bila ditanya jujur ke...dengan lancar je mereka menjawab...ye jujur, ikhlas, fatonah...dermmmmmmm!!!!...
lelaki ohhh lelaki tak bolehkah kamu ikhlas dalam semua tindakan kamu(tak semua lelaki yang aku maksudkan...kalau siapa rasa ada sikit2 perangai pelik cam ni...bawak2la berubah)

modal mereka janji2 palsu mereka, modal ni bukanla besar sangat pun...pompuan kalau dengar bf mereka janji pasal hal2 yang melibatkan masa depan...apa lagi mesti berbunga2 punya hati...nak2 lagi tentang hal kawin...(saya nak amik awak jadi isteri saya bila dah kije nanti...perghhhhh leh cair siot kalau pompuan yang innocent dengar ayat2 cinta camni)...tolongla ye lelaki...hidup sendiri pun tak lepas, kain baju sendiri pun tak mampu nak beli sendiri, kasut kerja pun belum mampu untuk ditukar ganti, akaun tabung haji mak bapak pun tak pernah2 nak dibank in kan duitnye...ni ada hati nak berjanji nak bertunangla, nak berkahwinla, nak buat kenduri kahwin 3 hari 3 malam la...hebat3...hebat sungguh lakonan mereka yang bernama lelaki. ada lagi...yang aku jumpa...masa mula2 berkawan...ayat2 puji2an yg melambung2 diberikan(dah jadi macam ayat wajib bile berjumpa)...yang tak cantik pun jadi cantik, yang tak gebu pun jadi gebu yang jonggang pun mereka nampak mancung je...biasala tu...kalau mula2 kenal...
 rule no 1: dont trust any man in short times...u can pretend you like to be his friend but at the same time please analyze them first. do it for ur safety...if not...someday they will break ur heart~
 
pendek kata leh terlepas jugakla ayat ini "kamula makhluk terindah, orang yang paling cantik yang pernah saya kenal...(padahal muka cam alien je pompuan tu) ke telinga orang2 pompuan yang lampi dalam menyelami maksud tersirat cam aku ni haaaaa...jadi berbunga2la hati pompuan2 ni haaaa...dermmmmmmmm lagi sekali...hehehe...lelaki jenis ni kalau secara ringkasnya leh dikategorikan sebagai lelaki yang cakap tak serupa bikin...nanti sebelum berjanji dengan aku make sure la tunai sebab aku mungkin boleh tunjuk muka percaya tapi kat hati sorry la ye...hanya mampu melayan telatah mereka yg bernama lelaki ni...ehhhhh belom habis lagi ni...ada lagi...ada lagi perangai yang pelik yang pernah aku jumpa yang datangnya dari lelaki...iaitu mereka suka menyalahkan pompuan bila mereka tidak mampu bertindak atau membuat keputusan...laaaaaa lemahnya mereka yang bernama lelaki yang terkategori dalam kategori ini...
~rule no 2: please watch out every single action that he have done...be careful, afraid if  it is all only a drama...because man can be more dramatic than a woman~

macam manala korang nak pimpin keluarga korang kalau tak boleh nak membuat keputusan...nak bertindak untuk menyelesaikan masalah pun tak mampu...siap lari2 lagi dari masalah...owhhhhh sangatlah lemah lelaki yang ade perangai macam ni...kadang2 mereka ni hanya tahu cakap aje...cakap tentang segala kebenaran fakta tentang lelaki vs perempuan, tentang ciri2 pompuan yang lelaki suka...kononnyela yang baik adalah sesuai nak dijadikan calon isteri...dah tu tak kesian pulak korang dengan bakal2 isteri2 korang tu yang bakal bersuamikan kamu yang lemah tu..(bukanla dari segi tenaga batin ye...)...ishk3 tak patut2...lelaki dijadikan Allah untuk menjadi pemimpin...kalau tak dapat pimpin negara ni haaaa cukupla setakat memimpin keluarga korang nanti...janganlah bila tengok je tv bab2 politik...kemain lagi korang kutuk kerajaan ni...kutuk persatuan anti-kerajaan itu...kalau dah rase diri tu hebat sangat dalam kepimpinan...tahun depan pegiler daftar untuk jadi calon bertanding pilihanraya ye...tapi kan geng...ada yang lagi menyakitkan mata, bila ada diantara mereka yang bernama lelaki ini sanggup melupakan insan kesayangan mereka(tak kesahla bini ke awek ke skandal no 2 ke 3 ke...janji yg dorang sayang) untuk berdampingan dengan orang lain(konon mereka bujet macho n rasa terlaris kat pasaran laa 2)...
 kes kecurangan yang terjadi dalam hidup aku...betul2 membuatkan aku membuka mataku luas2...aku tak kisah berkawan dengan orang yang berperangai suka mencurangi orang yg mereka sayangi...tapi jangan sesekali disebabkan tindakan ini aku dituduh sebagai perampas or watever...sebelum tuduh siasat dulu...

pastu bila terjadinya kes perampasan laki orang, terputusnya tali pertunangan orang dan berpisahnya pasangan kekasih ni...siapa yang disalahkan???pompuan jugak(mereka bersalah hanya sebab mereka pun punyai persaan sayang kat mereka yang bernama lelaki ni)..hebat3...lelaki sangat hebat...ni la yang aku nmpak dari kaca mata aku yang selama ini sibuk memerhati apa yang dah berlaku kepada aku, berhampiran aku, sebelah dan juga belakang aku...dermmmmmm untuk yang keberapa kali ntah...lelaki..korang semua hebat, jadi tak payahla nak tunjuk2kan perangai yang pelik2 macam tu dah...kalau nak guna alsan nak buat jugak sebelum berkahwin ke apa ke...lupakan aje...macam korang hisap rokok gakla...korang ingat nak berhenti merokok tu boleh ke dalam sehari je ke???...jangan berangan la...nanti tak pasal2 bini korang cakap korang ni suami yang jenis "cakap tak serupa bikin"....ni semua pengalaman yang aku tempuhi...aku dah pun lalui semua ni...aku lalui saat aku kebenggongan sebab percayakan janji2 manis lelaki, aku dah lalui saat bersama dengan puji2an dari lelaki yang hanya pandang paras rupa...yang hanya berkawan sekadar keseronokan sementara...yang hanya nak test market dorang..konon2 hensem sangatla tu kot...sampai buat aku tergila2kan dorang...shoottttt!!!!!tu bukan akula...
 kepada lelaki yang sememangnya kasanova...ingatla anda tak selalunya berada diatas...dan bak kata orang kampung aku..."whats goes arround comes arround"hehehe

mungkin dulu keadaan adalah berbeza dan kini aku percaya pada hati aku...pada apa yang hati aku mahu...walau aku tahu aku tak akan dapat miliki...siapa tahu...apa akan jadi pada masa hadapan kan kan kan????halamak...hari ini aku bebel banyak sangatlah...sedar tak sedar dah macam karangan...tetapi kepada lelaki2 yang tak berkaitan dengan pengalaman aku ni...tak yah la korang risau...aku ikhlas berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan korang tiada niat buruk ke atas diri aku...baik lelaki mahupun pompuan, pondan, gay atau mak nyah sekalipun...sebab lambat laun kepada Tuhan jugak kita kembali bersama2 iaitu bila ajal sudah tiba(cuma berlainan waktu, masa, tarikh, hari dan jam berape je pun)...dan aku mintak maafla kat korang yang rase2 ada terasa...aku jugak sedar...aku perempuan yang serba kekurangan, yang cuba menyuarakan kepahitan bila sudah berjumpa dengan lelaki2 yang kurang baik perangai mereka.
walau apa pun yang telah aku lalui...namun aku tetap aku...seorang perempuan yang punya hati dan perasaan...aku ada impian dan juga cita2...kalau Allah dah tentukan perjalananan hidupku begini...beginila caranya aku membawak diri...fuyoooooo bertazkirah plak dah...

p/s : tetapi kepada lelaki juga akan aku curahkan kasih sayang aku nanti...kepada lelaki juga aku akan bina kepercayaan baru aku nanti, bina keluarga bersama2 mereka yang bernama lelaki...mungkin suatu hari nanti...hehehe...

5 comment dari peminat:

Anonymous said...

lelaki tak semuanya begitu miss ziela...masih ada yang baik...Tuhan mesti sudah tetapkan siapa jodoh awak.

Miss Ziela said...

mmg btl pe yg awk cakap tu...tp sape ni ek?len kali tgglkn name ek..manela taw kenal ke...

Anonymous said...

so sorry...just call me emi...saye suke bace belog awak ni...anyway dont be sad k....forget him...person that make u sad;)

Anonymous said...

yups agreed..:-aduka..

Miss Ziela said...

owhhhh en.aduka..
gagah setia ye awk follow story saye..
hehehe..
maseh3..