BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~My FaNs~

1/09/2011

takut kena marah punya pasal...aku teruslah berlakon depan beliau..hee hee

Eh eh…apsal la malam ni mood nak bukak fesbuk dan blog terasa sangatlah low…kalau tak…bangun aje pagi mesti bukak lappy…pastu cucuk berokband…pastu bukak fesbuk…pastu check-check notification…then bukak plak blog…check-check if ade manusia komen ke tidak kat each entries…then mula la kepala hotak aku ni ligat pikir nak post apa laa nnti dalam next entry kat blog aku nih…tapi pagi tadi…hum bukak aje mata…terus bukak tgkap dulu…pastu terus aku berlakon sensorang diri…nak taw kenapa???…haaa haaa haaa..kesnya begini…diwaktu pagi yang dah hampir nak masuk waktu tengahari…aku telah dikejutkan dengan satu SMS yang mengundang aku untuk sama-sama turun padang bagi menjayakan aktiviti amal…iaitu..menolong sahabatku Aieyn Md. Yusof menghias kelas di tadika beliau di Kg.Semangat, Kuantan…(bagi yang tak tawu kat mane kg ni…sila google okay).

Sebenarnya tak jadi masalah langsung utk aku sama-sama sumbangkan tenaga aku yang amatlah pakar dalam hal-hal hiasan dalaman ni…tetapi yang menjadi masalahnye…MAMA aku babe…semalam aja aku dah kena sound dah ngan mama aku…time aku tengah tido pulak tu…dia cakap “ ooooo kalau nak berjalan mana-mana pandai pulak dia kunci jam sendiri bangun awal pagi…kalau tak kua…kol suploh sebelas tak bangun-bangun lagi”. Haaaa dah tu guana la pagi tadi aku tak resah…tengok jam dah pukul sebelas…takkan la bangun-bangun terus mandi…terus bersiap-siap nak keluar…itu dah mengundang sejuta kemarahan beliau kepada anak dara beliau yang sekor ni…dalam pala hotak aku ligat lagi berfikir sambil mata masih lagi melihat pemandangan diluar tgkap didalam bilik tidur blik aku…tetiba sahaja…terpacul ayat ni dari mulut aku “ haaaa dah tak ujan dah hari ni…cuaca cerah la pulak hari ni”(baca dalam nada yang kuat). ..Sign kepada mama aku… yang anak dara beliau sudah pun bangun...

lepas tu…aku capai towel…dalam ati aku berdoa-doa agar mama aku tak perli aku…aku pakai towel tu(berkemban)...tapi kat dalam masih ada baju tido aku yang kaler biru tu (kau orang dapat imagine tak???hehe)…langkah standby kononye sekiranya kena perli…bole la aku counter attack mama aku ngan ayat ni (ehhh sape nak mandi agy…org nak g berak aje…sakit perut la pulak…keh keh keh) tapi mujur…mama tak bersuara pun bila melihat keadaan aku camtu…dalam aty aku(alamak macam beliau dah tawu aje taktik aku)…taktik seterusnya…aku round satu rumah aku…konon-kononye nak cari baju kotor nak dibasuh…tolonglah…dah pukul 11 pagi ngan cuaca panas..kompom-kompomlah mama aku dah basuh baju awal-awal pagi lagi… “laaaa awal tol mama basuh baju…”???. Aku tetiba bersuara...mama aku diam lagi babe…sah dan semakin sah…dia tawu la plan aku nak kua ni…adoiii…takpe2…baju2 yang aku kutip (dapat baju sendiri je ) aku letak dalam mesin basuh…pastu aku ngomel sendiri…canme nak basuh ni…baju tak cukup ni….adoi…terasa pulak macam terlalu over benor aku berlakon pagi tadi…

ni la mama saya yang garang tu...dan dan dan...ohh gambar mama dengan anak manja beliau...urghhhh... ;-p

last-last aku duduk kat living room tengok tv…angah aku ada balik dr jengka…kebetulan nak dijadikan cerita la kan… dia kata nak kua ngan awek dia ke Bandar kuantan petang nanti…ntah macam mana…aku terlepas cakap yang aku nak kua jugak teman kawanku itu…dengan keadaan aku yg sedang menggigit lidah sebab dah terkantoi…aku tengok mama aku ngan muka masam..pandang aku dan terus dia serang… “nak g mana plak?...erkk erkk erkk…dalam pala hotak aku  ligat susun ayat terbaik untuk pujuk dia agar membenarkan aku keluar…aku pun cakap dengan selamber dan lancar “ma…kak long nak teman anila jap g…dia nak g tadika dia.” Fuhhhh aku ungkapkan senafas aje…pastu aku tengok mama aku mula bangun dari tempat duduk beliau…eh dalam aty aku “ nak kemane pulak dah beliau ni?”…laaaaa rupa-rupanya dia nak amik telefon dia…nak call mak sdara aku…oooo lega aku…mama aku nak mintak tolong aku rupanya…hehehe…dia nak mintak tolong aku pergi umah mak sdara aku…yelaaa dah alang-alang aku keluar…biar aku ajela yang ambil barang kat umah mak sdara aku…dalam aty aku “ fuhhh lega…ingatkan kena marah tadi”.

Jadi keluarlah aku bersama-sama aieyn md. Yusof. Tapi problem belum settle lagi babe…besok masih ada plan nak kua lagi…isnin pun sama…alamatnye…besok aku kunci jam pagi-pagi…buat kerja umah…masak bfast (amik aty)…baru bole cakap nak keluar…eheeeee…inilah lumrah menjadi penganggur sepenuh masa…ditambah pula sekarang sudah ada tabiat malas bangun pagi…lagilah buat mama aku bengkek ngan aku…hahahaha…ni lah dia al-kisah anak perempuan dengan bondanya.

Ps: bonda saya amat garang…ayahande saya lagilah garang…hahaha

3 comment dari peminat:

asyiela said...

huhuhu ko mmg pelakon terbaik siap gan mimik muka lau bercerita hehee.....tp enjoy..miss u n luv u dear !

Miss Ziela said...

huhu...maseh2...miss u too dear...

Miss Ziela said...

n luv u too dear...eheee tertinggal plk...ekekeke