dah lama ler x tulis papa dalam blog aku ni...sejak laptop aku dah pun tamat riwayatnya disebabkan kecuaian diri sendiri, aku dah kurang dah bukak blog sendiri...apatah lagi nak postkan cerita2 terkini tentang aku...disamping tu jugak...disebabkan cuti semester...aku memang xkan dapat jumpa langsungla dengan internet connection kat umah tu..jadi kesimpulannya hampir 3 bulan jugaklah aku x update papa kat blog aku ni...tetapi setelah kembali untuk teruskan pengajian aku...aku kembali berjumpa dengan laptop dan internet connection...seronoklah jugak ...walaupun laptop orang tapi aku tetap gunakan macam laptop sendiri...hehehe...terima kasihlah atas ehsan kawan2 aku yang x kedekut bagi aku pinjam laptop semata2 nak update blog, main pet society dalam facebook, tengok youtube...pendek kata guna untuk menda2 yg kurang berfaedahlah semuanya...hihihi...apa-apa pun lepas ni aku akan rajinlah update blog supaya aku leh isi masa kosong aku nanti...because now i think it is a time for me to think about my ownself and my hapiness... (ape ni...ni dah kluar dari plot penceritaan ni)
7/07/2009
kembali untuk mencurahkan rasa hati...
dikarang oleh Miss Ziela at Tuesday, July 07, 2009 1 comment dari peminat
4/15/2009
~examku~
Menjelang exam yg akan tiba nanti…hati aku semakin berdebar2…berdebar sebab merisaukan soalan2 yg bakal keluar di dalam kertas exam tu nanti…semester ini sungguh membuatkan aku tidak bersungguh langsung untuk membuat persiapan peperiksaan…mungkin disebabkan masih ada assignment yg perlu disubmit…tapi aku tetap berjumpa dgan buku2 yg sepatutnya aku baca agar aku dapat menyedapkan hatiku untuk menjawab exam nanti..org disana sudah mula merisaui keadaanku yg bakal menjawab exam nanti dan beliau mulai berleter dgan sikapku yg agak2 macam seorang pemalas ini…tapi apa yg mampu aku lakukan adalah berjanji yg aku akan mengulangkaji pelajaranku…sudah pastila…hanya itu ayat terbaik yg mampu aku fikirkan…20hb ni exam wajib fakultiku iaitu sistem sosial dan perlembagaan…disebabkan assignment berkumpulan subjek ini masih belum disiapkan lagi aku menjadi tidak boleh untuk menumpukan 100% tumpuanku terhadap buku dan aku juga berasa tidak lega kerana assignment masih lagi belum disubmit. Ini bukanla alasan semata2 yg cuba aku reka tetapi inilah kebenarannya…kadang2 aku pun terasa jugak yg aku ni sebenarnya bukanla seorang pengulangkaji pelajaran yg bagus kerana aku gemar untuk study last minute mcm ni laa…sejak dari bangku sekolah lagi, tabiatku ini aku bawa sampailah ke UKM…mungkin betul kata salah seorang lecterur aku…beliau pernah berkata semasa beliau mengajar yg ada manusia akan rasa sakit sekiranya study awal2…hehehe…adakah aku juga dalam kalangan orang2 seperti itu…walau apa2 pun…aku sebenarnya berasa takut untuk menghadapi peperiksaan nanti…walau bagaimanapun dengan semangat waja yg kuat aku telah mengerahkan segala kudrat aku untuk terus study dan Alhamdulillah aku skrang sudah mula membaca buku dan tidak lagi selalu bermain pet society yg ada dalam face book tu…tapi kadang2 aku main jugak…itulah cerita yg aku sedang alami sekarang.
dikarang oleh Miss Ziela at Wednesday, April 15, 2009 0 comment dari peminat
4/13/2009
~04/04/2009~his birthday~


P/s: I dah belikan dia hadiah awal2 ek…Cuma xdapat berikan pada 04.04.09 je…
dikarang oleh Miss Ziela at Monday, April 13, 2009 2 comment dari peminat
~my perasaan~
sampai sekarang aku masih binggung dgan perasaan aku ni. banyak sangat rasa yg aku rasa...tapi perasaan yg paling aku suka mestilah perasaan gembira...mmgla x selalu aku rasa perasaan ni...sebab aku bukanlah orang yg tidak pernah ada masalah...sampai kini pun aku masih lagi mencari perasaan tu...kat manalah ianya menyorok agaknya...kdg2 tanpa aku sedari perasaan gembira tu dtg dgn sendirinya...bila ianya datang...ia membuatkan ku tersenyum...aktiviti senyum jga merupakan aktiviti kegemaranku...tp kalau senyum tanpa sebab org lain akan kata kita gila plak...jadi nak x nak aku terpaksa mengimbau kembali peristiwa yg pernah membuatkan aku bahagia agar aku boleh tersenyum...senyum tanpa sebab sebenarnya membuatkan aku x seronok...kenikmatan kegembiraan tu x dapat aku kecapi...misalanya aku tersenyum sbb aku wat salah ker...mmg la perasaan gembira tu xkan dtg punya. dunia masa dulu lebih byk membuatkan aku tersenyum jadi mmg selalulah aku bertemu dgn perasaan gembiraku...tapi bila aku makin dewasa aku mcam dah semakin jauh dgn perasaan gembiraku...kenapa ya?...mungkinkah disebabkan aku sendiri yg tak mau bertemu dgn perasaan gembiraku tu...atau perasaan lain sukakan aku lebih dr perasaan gembiraku itu sendiri..
dikarang oleh Miss Ziela at Monday, April 13, 2009 2 comment dari peminat
4/11/2009
~~teman setiaku~~
ni taddy ni namanya beebee..taddy ni aku dapat pada 15 Januari 2008...birthday present daripada si dia...aku ni bukanla yg jenis suka sangat tido berhimpit dgan taddy bear tapi aku tetap suka. sbb kadang2 boleh jadi tempat aku letak kaki bila aku baring ke...hehehe( jgn marah ya T.D.H...) anyway tq sangat2 for this precious thing...i really love it...klau boleh nak lagi 2...tapi yg lagi besar eh...tahun depan ke..=)
dikarang oleh Miss Ziela at Saturday, April 11, 2009 0 comment dari peminat
Subscribe to:
Posts (Atom)



