BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~My FaNs~

12/31/2010

tata 2010...lai lai lai 2011

2010...tak sangka aku...setahun tu cepat benar berlalu...bermacam-macam hal telah berlaku didalam hidupku...ada yang pahit ada yang manis dan ada juga yang tawar...aku bermula 2010 dengan satu azam yang agak tinggi...azam untuk memperolehi kebahagiaan...bukan senang mahu mencari kebahagiaan...semua orang boleh cakap bahwa mereka bahagia...semua orang dan termasuklah juga aku. Alhamdulillah...Allah masih lagi memberikan aku peluang untuk harungi tahun 2010 dan kini akan menjalani hidup ditahun yang baru. ..tiada azam kali ini untuk tahun 2011...aku takut aku gagal lagi menunaikan azam yang telah aku buat...kali ini biarlah semuanya datang tanpa perlu aku inginkan dan biarlah hidup aku berubah tanpa perlu aku angankan. suka duka semuanya silih berganti sepanjang 2010...ada yang masih segar diingatan dan ada pula yang hampir pudar dari ingatanku...

bermulanya 2010...masih lagi segar..1hb Januari 2010...new year pertama aku sambut berseorangan didalam bilik di kolej rahim kajai UKM...saat ini masih segar lagi..insan yang pernah aku gelarkan sahabat...masih mengingatiku pada hari sambutan tahun baru ini...seikhlasnya aku tersangatlah terharu walaupun sekarang aku sudah tahu apa yang dibuat adalah satu lakonan semata-mata. malangkan nasib aku...dengan sepenuh hati aku menganggap dia insan yang paling aku perlukan ketika berjauhan dari keluarga...rupa2nya hanyalah sandiwara semata-mata...tak sangka...mahu aja aku hilangkan segala kenangan bersamanya dengan satu kerlipan mataku..namun itu mungkin takkan pernah berlaku...salah aku semuanya...aku mudah mempercayai seseorang dan aku juga telah membuka ruang utk diriku disakiti...sedihnya mengenangkan kebodohan diri aku ini...tapi Alhamdulillah...saat aku sedar segala2nya...aku rasa mungkin inilah masa yang sesuai untuk lupakan segala kenangan pahit aku sepanjang tahun 2010..dan aku harapkan dia takkan pernah muncul lagi dihadapan mataku...bukanlah sebab aku terlalu membencinya sehingga aku berharap dia takkan kembali dalam hidupku...cuma aku bimbang...aku akan bertanyakan satu soalan sahaja padanya kalau bertemu lagi nanti.." kenapa awak kejam sangat pada saya dan apa dosa saya pada awak.???..hahaha tipoo 2 soalan dah tu..eheee. salah aku jugak...aku buka ruang pada dia untuk dia kejam pada aku...bila aku duduk seorang diri...aku terkenang segala kepahitan hidup aku..bukanlah untuk menyesali tetapi untuk menginsafkan diri agar aku sedar yang dunia ini pentas lakonan dan kita manusia adalah pelakonnya...pelakon..kerja mereka memainkan sesuatu watak sama ada baik atau jahat...aku pelakon,dia juga pelakon dan mereka semua pelakon diatas muka bumi ini...tiada siapa yang dapat aku percaya melainkan diriku, ibu bapaku dan sahabat yang tak pernah berhenti menyayangi ku...

 happy new year to all blogger..hope your wishes come true..and to all my enemies...I forgive your mistake. tomorrow my foe's list will be empty...eheee

when i felt da pain...u heal it with your loving arm..when i felt so lonely..u come to me and ask me to berjimba2..i loike...eheee..sayang semua...seronok kan sambut new year kat umah masing2? ehee

yang berlalu biarlah berlalu..kini tinggal beberapa minit aje lagi...tahun baru buatku akan tiba...aku akan cuba melupakan segala kepahitan...kalau tak banyak sedikit pun jadilah...aku akan buat yang terbaik untuk keluargaku dan sahabatku..kerana mereka ada saat aku kesakitan dan kesunyian...tiada hadiah yang mampu aku berikan kepada mereka yang ikhlas menyayangi..bahkan tak pernah putus2 mencintaiku walaupun hubungannya adalah diatas dasar persahabatan...tapi kalau tanpa kalian...hidup aku bertambah2 sunyi...mungin nak senyum pun aku tak reti dah...terima kasih sangat untuk mereka semua...aku hargai. 2011 bermakna bertambahlah setahun lagi usiaku...soal jodoh dah jatuh no 5 dah sekarang..dan aku rasa seperti tak mahu sampai kepada saat aku bertemu jodoh..bimbang ujian lain pula nanti bakal tiba...biarlah Allah tunjukkan aku ke jalanNYA...agar aku dapat membersihkan jiwa aku dan akhirnya aku bakal berada dilandasan yang benar. InsyaaAllah..lagipun dunia ini hanya pinjamankan..suatu masa nanti ketempat asal jugak aku akan pulang.

ps : mood penulisan seperti aku sedang menulis novel..motip? hehehe..." apa salah saya pada awak sehingga ini balasan yang awak berikan? .....(kata pelakon kan kan...dialog gini mesti ada babe...eheee..)

2 comment dari peminat:

asyiela said...

hope everything wii be ok dear...wish u all the best...hepi new year...luv u sgt2 hehe....best frens forever!

Miss Ziela said...

yup..i do love u too..we will be friend till this world get crush..eheee..I/Allah