Menjelang exam yg akan tiba nanti…hati aku semakin berdebar2…berdebar sebab merisaukan soalan2 yg bakal keluar di dalam kertas exam tu nanti…semester ini sungguh membuatkan aku tidak bersungguh langsung untuk membuat persiapan peperiksaan…mungkin disebabkan masih ada assignment yg perlu disubmit…tapi aku tetap berjumpa dgan buku2 yg sepatutnya aku baca agar aku dapat menyedapkan hatiku untuk menjawab exam nanti..org disana sudah mula merisaui keadaanku yg bakal menjawab exam nanti dan beliau mulai berleter dgan sikapku yg agak2 macam seorang pemalas ini…tapi apa yg mampu aku lakukan adalah berjanji yg aku akan mengulangkaji pelajaranku…sudah pastila…hanya itu ayat terbaik yg mampu aku fikirkan…20hb ni exam wajib fakultiku iaitu sistem sosial dan perlembagaan…disebabkan assignment berkumpulan subjek ini masih belum disiapkan lagi aku menjadi tidak boleh untuk menumpukan 100% tumpuanku terhadap buku dan aku juga berasa tidak lega kerana assignment masih lagi belum disubmit. Ini bukanla alasan semata2 yg cuba aku reka tetapi inilah kebenarannya…kadang2 aku pun terasa jugak yg aku ni sebenarnya bukanla seorang pengulangkaji pelajaran yg bagus kerana aku gemar untuk study last minute mcm ni laa…sejak dari bangku sekolah lagi, tabiatku ini aku bawa sampailah ke UKM…mungkin betul kata salah seorang lecterur aku…beliau pernah berkata semasa beliau mengajar yg ada manusia akan rasa sakit sekiranya study awal2…hehehe…adakah aku juga dalam kalangan orang2 seperti itu…walau apa2 pun…aku sebenarnya berasa takut untuk menghadapi peperiksaan nanti…walau bagaimanapun dengan semangat waja yg kuat aku telah mengerahkan segala kudrat aku untuk terus study dan Alhamdulillah aku skrang sudah mula membaca buku dan tidak lagi selalu bermain pet society yg ada dalam face book tu…tapi kadang2 aku main jugak…itulah cerita yg aku sedang alami sekarang.
4/15/2009
4/13/2009
~04/04/2009~his birthday~
P/s: I dah belikan dia hadiah awal2 ek…Cuma xdapat berikan pada 04.04.09 je…
dikarang oleh Miss Ziela at Monday, April 13, 2009 2 comment dari peminat
~my perasaan~
sampai sekarang aku masih binggung dgan perasaan aku ni. banyak sangat rasa yg aku rasa...tapi perasaan yg paling aku suka mestilah perasaan gembira...mmgla x selalu aku rasa perasaan ni...sebab aku bukanlah orang yg tidak pernah ada masalah...sampai kini pun aku masih lagi mencari perasaan tu...kat manalah ianya menyorok agaknya...kdg2 tanpa aku sedari perasaan gembira tu dtg dgn sendirinya...bila ianya datang...ia membuatkan ku tersenyum...aktiviti senyum jga merupakan aktiviti kegemaranku...tp kalau senyum tanpa sebab org lain akan kata kita gila plak...jadi nak x nak aku terpaksa mengimbau kembali peristiwa yg pernah membuatkan aku bahagia agar aku boleh tersenyum...senyum tanpa sebab sebenarnya membuatkan aku x seronok...kenikmatan kegembiraan tu x dapat aku kecapi...misalanya aku tersenyum sbb aku wat salah ker...mmg la perasaan gembira tu xkan dtg punya. dunia masa dulu lebih byk membuatkan aku tersenyum jadi mmg selalulah aku bertemu dgn perasaan gembiraku...tapi bila aku makin dewasa aku mcam dah semakin jauh dgn perasaan gembiraku...kenapa ya?...mungkinkah disebabkan aku sendiri yg tak mau bertemu dgn perasaan gembiraku tu...atau perasaan lain sukakan aku lebih dr perasaan gembiraku itu sendiri..
dikarang oleh Miss Ziela at Monday, April 13, 2009 2 comment dari peminat
4/11/2009
~~teman setiaku~~
ni taddy ni namanya beebee..taddy ni aku dapat pada 15 Januari 2008...birthday present daripada si dia...aku ni bukanla yg jenis suka sangat tido berhimpit dgan taddy bear tapi aku tetap suka. sbb kadang2 boleh jadi tempat aku letak kaki bila aku baring ke...hehehe( jgn marah ya T.D.H...) anyway tq sangat2 for this precious thing...i really love it...klau boleh nak lagi 2...tapi yg lagi besar eh...tahun depan ke..=)
dikarang oleh Miss Ziela at Saturday, April 11, 2009 0 comment dari peminat
~~aku yang hero~~
Semua orang adalah berbezakan?…begitu juga aku…aku berbeza dari semua orang yang pernah aku kenali…kalau ada persamaan pun mengkin dari segi attitude, taste and desire…tapi aku sure xkan ada yg 100% sama dgn aku…aku suka sgat dengan nama yg parent aku kasi…Noraziela…just simple n nice…tapi time aku cari maksud nama aku ni xdala la plak…xpala mungkin penulis buku tu x sempat nk letakkan nama aku…aku lahir tgah2 bulan Januari…tahun 1987…kat rumah aku sendiri..bukan di hospital mana2 ek. Aku tetap bangga walaupun lahir kat umah…mama kata masa aku lahir dulu, berat aku 3.9…so x hairanla napa aku gemuk skang kan..hehe.aku ni simple je…tapi cepat melenting…naik angin…atuk aku ckap aku ni ikut pragai abah aku yg mmg sedia garang tahap 120 darjah celcius. Ini mmg terbukti bila aku dengar sendiri pengakuan dari mak sdara aku yg jaga aku masa aku kecik2 dulu. Dia cakap aku kalau merajuk @ marah, habis rumah dia aku sepahkan…(sorryla mak…org kecik g masa tu mana taw wat sepah)aku ni boleh dikatakan lone ranger…Mama & abah kerja so aku kadang2 duduk kat umah mak sdara aku…kdg2 umah sendiri…bila aku x lepak kat umah mak sdara aku ni…aku watla hal aku sndiri kat umah tu haa…tgk tv sampai mlm, main brngan make-up mak aku sampai gincu dia habis patah2, melukis dalam buku yellow pages...& byk lagila kije aku wat dulu masa kecik2 tu...aku masih ingat lagi, aku pernah kena marah ngan mama sebab aku conteng gambar kahwin dia…manala aku nk taw. Aku dari kecik mmg agak kasar, pokok2 rambutan kat umah tu semua dah pernah aku panjat…Cuma yg tinggal pokok kelapa je yg aku x cuba lagi. Aku pun x tawla apa yg seronok sgt panjat pokok tu…maybe sebab dah bosan sgt duduk kat dalam umah….tu yg rasa nk cuba duduk atas pokok tu. Then bila aku dah masuk pra sekolah…xdala rasa bosan sangat duduk kat umah tu haa…aku x masuk tadika pun…mama akula, xmau anta pegi tadika…selain ganas aku ni pun banyak mulut gak dulu…ramah sangat. Ingat lagi masa mula2 ikut mama aku pergi pra sekolah utk daftar…masa tu mama aku ni lupa bawak apa ntah…so dia balikla & aku ditggalkan kat pra tu…hahaha apa lagi seronok la aku. Dgan x berkasutnya aku pergi main buaian, gelongsor tu semua. Dah nama pun lone ranger, aku x peduli kawan2 aku yg datang ngan mak bapak dorang…aku janji main je..bujet konon2 anak cikgula tu..hehehe, tapi disebabkan keramahan aku, aku ada ramai gang-up masa pra skolah… first2 aku dapat kawan pada hari mendaftar tu jga…nama first kawan aku ni Farah..masa tu dia xda gigi kapak…kelakar gila muka dia…budak2la katakan. Tapi skang aku dah tak taw mana Farah tu berada. Aku masa skolah mmg agak aktif…x caya cubala Tanya cikgu2 aku yg dulu2 tu…darjah satu aku jadi ketua kelas sampai darjah 3. Aku pernah Tanya cikgu aku tu…kalau x salah nama dia cikgu Rozita, aku tanya napa x pilih budak lelaki je jadi monitor…cikgu aku selamber je cakap “ kamu banyak mulut sangat, sebab tu cikgu pilih kamu je…senang sikit kerja cikgu”. Sampai skang aku ingat lagi cikgu darjah satu aku tu cakap camtu kat aku. Tengok…mmg aku ni sah2 banyak mulut seperti yg pernah diceritakan oleh jiran sbelah umah aku dulu. Kenakalan aku sangat maksimum masa aku berskolah rendah dulu…aku masa umur 7, 8 tahun dah terlibat dah dgn lumba basikal ni…hehehe tapi basikal kecik je…yang tayarnya bukan tayar pakai tiub tu…tapi tayar basikal yg kalau kena paku gerenti x bocor punyala. Aku ngan kawan aku yang namanya Farahmiza…dah kawin dah member aku yg sorang ni. Kadang2 bila mama n abah aku xda kat umah aku akan bawak basikal aku pegi umah kawan2. Kalau nasib x baik mak sdara aku akan report kat mama & abah aku…mmg kaki report skit mak sdara aku yg sorang tu. Dunia aku masa kecik sangat banyak kenangan yg x mampu aku lupakan, jatuh sungaila, belajar bawak basikal besar sampai langgar2 orangla, main kat sawah padi dgn pakai baju skolahla, yg paling best dapat tunggang lembu kat umah kawan aku (hehe lembu bapak dia)…banyak sgt…semua yg aku wat dulu tu x pernah diketahui oleh parent aku taw. Dorang terlalu sibuk jadi aku fikir better aku buat sesuatu yg boleh menghiburkan hati…kalaula aku diberi peluang untuk jadi aku pada usia 7 tahun aku nak sangat belajar untuk berdikari dgan lebih sempurna lagi…aku sayang sangat kenangan aku masa aku kecik.
dikarang oleh Miss Ziela at Saturday, April 11, 2009 0 comment dari peminat
4/10/2009
02.07.2007~07.07.2007
Hari ini hari kedua, ketiga, keempat, kelima...pendek kata dah sampai seminggula aku duk kt UKM ni...kitorang semua kena bangun awal pagi sepanjang 3m tu seh...kalau x silap aku kena pegi solat Subuh kat masjid UKM...aku pun ingat2 lupa daaa...then bila pagi je para senior ni tunjukla keprihatinan dorg dgn suruh kitorang amik bfast sblm pg berjalan jauh ke fakulti masing2 or buat aktiviti yg telahpun dorg rancangkan utk kitaorg ni haa..."eleh bila malam korang semua tenking kitorang si junior yang naif ni yek...bila siang tunjuk prihatin yer...aku bukan benci or anti giler kat para senior time 3m tu...sbbnya... aku skang ngan ketua fasi time tu ade afair haaa sampaila skang...hahaha..kalau nk dikatakan best...aku ni biasa je...tapi aku rasa aku dah cipta sejarah sebab dlm minggu 3m dapat bf dah haaa...senior plak tu...jap2..nilai tambahan lagi...ketua fasi lagi tu...tapi tu bkan cite best pon...yg bestnyer aku nk cite pasai bgaimana dorg para senior ni layan kitorg..korg nak taw dalam kalangan kitorang yg freshie ni adala sorg mamat ni nak tunjuk hero kot...nama dia Johan...Johan yg tak berapa nak johan ( jgn marah yerk en. Johan)...dia ni ntah mana jin ntah yg masuk dalam badan dia sampuk dia suh jadi kuang ajaq dgn para senior ni...ada je kesalahan yg dia buat yg buat para senior marah gila dgan dia...sengetla budak tu..xpun kurang kasih sayang...hahaha..dia brani lawan para senior especially para senior yg laki2 ni yg bujet kuat melampaui akal fikiranku...nak jadi kisah tragik si budak Johan ni kan...ada la satu malam ni...dia agaknya dah lama sgt nk hembus para senoir tu sume kot..so terjadila pergaduhan...masa kitorang tgah berhimpun tu dia pun kena panggilla naik kat atas bukit..yang x boleh blah nyer para senior 3, 4 orang ni duduk tenking2 dia..pastu ntah cam mana ada sorg bro ni blasah si Johan yg senget ni depan mata kitorang. kesian gila Johan tu x mampu fight back...yelaaa kan ramai...tapi syg jugak x ramai daripada kalangan junior yg laki2 ni kua pegi backup si Johan tu...apala korg ni semua...aku kalau kuat aku pegi je lawan senior2 yg mereng tu..ada ke patut dengan rela hatinya menyepak budak junior tu...masa tu aku takut + cuak jugakla...aku masih ingat lagi..ketua fasi(yg dah jadi bf aku skang) cakap"korang jgn ingat korang ni dah jadi warga UKM yg sah, selagi korng x angkat sumpah korg x layak digelar students UKM"..masa tu aku mmg agak menyampah kuasa dua kat "si dia" yg senget tu...hehehe( abang jgn marah ye)..bujet bagus jer..tapi lama-kelamaan baru aku sedar apa tujuan mereka buat macam tu...tiap2 malam dorg tenking kitorang ni...kutuk sana sini...xpuas hati kat kitorang...suruh nyanyi...melalak tgh2 malm...aku x pernah terfikir pun dengan adanya tradisi "perang DECTAR" membuatkan aku dan ramai lagi freshie2 kajai bersemangat untuk unite n fight with other colleges...especially KKM n ZAABA...huhuhu..aku ingat lagi malam terakhir kami berada dalam DECTAR...pc pusat dah suruh berambus dah tapi kami masih lagi duk dlm DECTAR tu...tempat warga Kajai ni special skit kat atas nun di merak kayangan...aku malam tu dahla duduk row pertama..takut+cuak+sakit perut+gementar kuasa 3 sume adala...kitorang x bergerak lgsung...nak provoke punya pasal katakan...semua kolej pun sama cuma Kajai ni kuat sikitla..hahaha...pak guard datang kat aku mintak kad matrik sementara aku n kawan2 aku...dia halaunya aku ngan kawan2 aku...aku apa lagi wat2 xnmpak pun...aku x takut sgt..sebab aku taw bila para senior kitorang masih lagi setia menemani kitorang...thanks la u all ek..tapi ntah macam mana ntah...keadaan jadi genting...row aku kena paksa bangun...nak x nak..salah sorg pc tu bawakla kitorang kua...tapi masa aku kua tu semangat nak mempertahankan semangat Kajai tu memuncak aku bantai lari masuk DECTAR semula n then sume kawan2 aku yg row pertama tu ikut...masuk2...satu DECTAR gelap...masa tu kuala semua lagu2 pembakar semangat kolej yg kitorang blaja selama ini...dengan kekuatan vokal yg ada aku x nyanyi dah...aku jerit je...walaupun Kajai sikit je bilangan studentnye tapi suara kitorang dapat kalahkan satu ribu org budak KKM n ZAABA taw...tu yg rasa bangga gila tu...lepas tu barula aku sedar apa yang cuba ditunjukkan para senior kpd kami...semangat menjadi warga Kajai...ohhhhhhhh terlupa plak nk gtaw...si Johan yg senget tu rupanya pelakon tambahan para senior kitorang masa tu...membazirkan rasa simpati aku je pada dia...hampeh tol...dari saat itula aku telah jatuh cinta pada Kajai...aku juga telah mengistiharkan Kolej Rahim Kajai sbg kolej yg paling best dalam alam semesta ini...hahahaha..seronok bila mengimbau kenangan lalu.
dikarang oleh Miss Ziela at Friday, April 10, 2009 7 comment dari peminat
4/08/2009
~01.07.2007...my journey begin~
tarikh ni maybe tarikh biasa je bagi korang yg kat luar sane...tapi bagi aku & member2 yg seangkatan dganku...tarikh ni merupakan tarikh keramat kami menjejakkan kaki kat UKM yang indah dan permai ni...masa tu Tuhan je taw betapa happynya dalam hati aku tapi aku taw...happy lagi bapak aku yang tukang menghantar aku masuk u ni..mana x happynya anak pompuan tunggal dia masuk u dah tu yg pertama plak tu dalam kalangan sibling aku...yelaaa anak sulung katakan...masa mula2 masuk UKM...nak nak lagi masuk kolej Rahim Kajai yang popular benar dgn trademarknye "kajai pantang kalah"membuatkan aku lagi bertambah gembira. tapi itu semua sementara aje. yelaaa, sebelum kena ragging la kan...pagi 1hb tu aku n parents aku bersama2 jugak kawan bapak aku pegila nk mengdaftarkan diri...masa tu aku free hair..sebab memang dah asal macam tu kat tempat aku dulu. bila dtg je nk pegi ke dataran depan opis kajai tu ramainye la budak2 pompuan yg baru masuk ni bertudung...ahhhh sudah dalam ati aku masa tu risau gak...takut la UKM ni sebenarnya cam UITM tu haaa...tapi aku rilek lagi...aku pun pegila duduk kat bangku yang telah disediakan...chewahhh first row ok...aritu dorang yg senior-senior ni bagila kitorang tengok cite pirates of caribean sementara nk tggu pegi daftar...xpa aku layan je...then aku pun masukla kat foyer KRK yg agak macam bangunan lama tu kan...hehehe. aku pun daftarla...sukanya dah jadi warga Kajai time tu. masa dah bis daftar tu...adala sorang gentleman ni tegor aku...dia briefing macam2 jugakla kat aku...then aku saidla tq pak cik...korang taw x siapakah beliau...hahaha..beliau ialah Prof.Madya.Dr. Muhammad b. Husin...aku punya pengetua kolej daaaa...masa tu aku taw mesti Dr. Mat benggang kat aku...ada ke patut aku panggil dia pak cik..then pas abis mendaftar aku pon pegila ke bilik baruku...ingat lagi blok D, bilik no 310 aras 3...hahaha ke bawah gila...penatla aku kena naik turun tangga. lepas aku berpeluk cium untuk berpisah dgan mak aku wat sementara waktu aku pun pegila ke foyer untuk mengikuti program minggu mesra mahasiswa 3m tu...hohoho petang tu ok lagila para senior ni melayan kami...malam tu dorng suhla kitorang ni mendaftar biro2 yg ada...masuk sukan tu sukan ni laaa...xpe aku layan jer..aku xde kawan g masa tu..mana xnyer org lain sume dapat roomate aku je duk sorg2 sbb roomate aku bdak 2nd year time tu...hahaha...bila dah larut malam tu kekejaman para senior mula terbongkar...wahwahwah dorang...selamber jer tengking2 kitorang...ishk2 aku still ok lagi...lantak dorangla nak bebel papa pun...janji aku mengikuti semua program yg tertulis kat dalam pamplet tu...perkara pertama yang aku ingat lagi adalah kena gantung kunci bilik kat leher...apa kena la dgan para senior nih...dahla kena gantungkan pastu x bleh wat bunyi plak tu..kalau x siapla kitorang kena denda...tapi first night kitorang dapat tido awal...first nite jelaaaa...soknya kitorang kena bangun awal kalau x kena marah...ishk2 itu pengalaman hari pertama aku berada kat KRK, UKM ni...kedasatannya akan bermula dihari-hari yg berikutnya =)
dikarang oleh Miss Ziela at Wednesday, April 08, 2009 2 comment dari peminat
Subscribe to:
Posts (Atom)