BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~My FaNs~

1/25/2010

pengembaran seorang budak perempuan yang dalam kesedihan

mood: tak tawla apa yang aku rasa...tapi bila pikir2 balik macam sakit perut..
situasi: efa tido nyenyak..sampai tak sedar kaki dia berlipat2..hehe
harapan: aku tak buat salah dengan sesiapa...tapi apakan daya ianya sudah terlambat
koordinat:diatas katil sambil menghidu bantal busok aku
jam:06:o5p.m

adala satu kisah ni...mungkin ianya kisah benar dan mungkin juga ianya kisah rekaan semata-mata...terpulanglah kepada korang semua nak percaya atau tak...cerita bermula dengan seorang budak pompuan yang pada asalnya xmacam pompuan dah aku tengok...tolak bumper ngan spoiler dia kompom2 orang akan ingat dia jantan...hehe(fakta palsu +gurauan aje)


al-kisah budak yang nak menggembara seorang diri tetapi dia penakot sebenarnya...


tapi dia ni kan banyak sangat cita2 dia...nak ada itu la bila dah besar nnti nak ada inilah bila dah kije nnti...yang kelakar pasal budak ni...dari kecik sampai besar...dia percayakan satu ramalan yang dia baca dalam buku rahsia tahi lalat...hahaha...kalau xsalah aku time tu budak ni baru umur sebelas tahun...darjah 5 ler...apa yang dia baca dalam buku yang ntah benar ntah tak kesahihan isi kandungannya itu, aku pun tidakla tahu...


disebabkan buku inilah...budak itu anggap nasibnya malang...xpatut sungguh dia percaya mende2 yang xsah macam ni...



tapi apa yan aku taw dia benar2 percaya tentang satu ramalan yang mengatakan dia akan hidup dalam kegagalan...dan ianya pula bersangkutan la pulak dengan tahi lalat yang dia ada diatas dahi dibawah birai rambut disebelah kiri...tetapi budak pompuan ni terus menjalani hidupnya macam biasa...dia mula tak percaya tentang ramalan itu bila dia sedang gembira...biasalah manusia akan lupa diri sikit bila dah gembira dan senang...tetapi dia akan kembali menyalahkan dirinya yang dia aggap malang bila dia tidak gembira, bila dia disakiti dan bila dia tidak disayangi lagi...lalu budak ini pun mula berfikir sesuatu yang tak masuk akal dan kadang2 sesuatu yang dia sendiri tak mahu lakukan...pendek kata dia sangatlah mengikut perasaan...tanpa memikirkan kesan buruk yang akan berlaku pada masa akan datang...tetapi budak pompuan ini tetap percaya yang suatu hari nanti dia boleh dapat apa yang dia inginkan cuma sekarang keadaan mungkin tak menyebelahi dia...bermula konflik hidup si budak pompuan ni bila dia mula bermimpi ke alam fantasi...



little girl: heck...camne ni...nak masuk ke tak ni...kalau sesat mane ade coverage punye kat dlm hutan tebal camni...



dimana dia menggembara ke dalam sebuah hutan yang sangat tebal dan berjumpa dengan seekor rama-rama yang sangat cantik...berwarna warni, itulah gambaran bila pertama kali dia rasa dia jatuh cinta pada seorang yang sangat tepat...baik, lemah lembut dan penyayang...tetapi sayangnya sangkaan budak pompuan itu meleset...rama2 tu terbang tinggalkan dia jauh2 ditengah2 hutan itu...dia sangka panas sampai ke petang rupa2nya hujan batu ditengah hari...habis dia cedera parah sebab kena hujan batu tu...


little girl: tak guna punya rama2...kau hanya cantik luaran saje...tapi kau sangat kejam meninggalkan aku seorang diri...dah puas kau bermain dengan aku..kau nak cari kawan baru pulak ekkk...aku fire ko nnti..hehe..


lepas tu dalam keadaan dia cedera parah tu..dia pun terus berteduh sebentar di bawah sebuah pokok yang sangat besar...daunya sangat segar dan indah...dia tidak lagi sakit bila berteduh dibawah pokok itu...malah dia boleh bermain2 riang dibawah pokok itu...kadang2 budak perempuan ni dengar pokok itu bercakap kepada dia, pokok itu menyuruh dia supaya dia cuba juga untuk keluar dari bawah pokok itu..kata pokok itu hujan batu dah semakin reda..tak akan sakit seperti dulu dah kalau dia nak teruskan perjalanan ke destinasi sebenar...tapi budak perempuan ni tak mau jugak keluar dari bawah pokok itu kerana dia sudah sayang dan terbiasa dengan suasana dibawah pokok itu...sejuk je rasa, tenang bila berada dibawah pokok tu dan ianya membuatkan budak pompuan itu kembali gembira...


buat rumah bawah pokok besar macam ni ok jugak...tak payah susah nak bayar cukai
tanah..hehe


tetapi setelah lama dia berada dibawah pokok itu dia mula sedar yang diluar sudah tiada hujan batu tu...lalu dia pun berharap pula yang hujan batu tu bertukar menjadi hujan lebat...alangkah gembiranya dia, keinginan dia dipenuhi...lalu diluar pokok itu bertukarlah hujan yang sangat lebat...hujan lebat yang dia lihat tu telah membuatkan dia ingin keluar untuk bermain2 air hujan...dalam hujan yang sangat lebat tu juga, dia bermain seorang diri tanpa ditemani sesiapa, keberanian dia sangat tinggi tanpa menghiraukan kesejukan, pakaian dia basah mahupun demam yang akan dia dapat kemudian nanti...dia terus bermain dan bermain tetapi dia tetap tidak jauh dari pokok yang pernah bagi dia perlindungan sampailah satu hari dia telah terdengar bunyi guruh yang sangat kuat dan rupanya petir telahpun menyambar dahan pokok kesayangannya itu lalu menyebabkan dahan pokok itu patah...dia mula rasa bersalah...dan berkata2 didalam hati dia..."kalaulah dia tidak meminta supaya hujan batu bertukar menjadi hujan lebat, pasti ini semua tak akan berlaku"...


sayangila pokok2 yang ada disekeliling kita...tanpa pokok2 ni kita xakan dapat oksigen...hehe.


sekarang pokok itu menjadi layu...pokok yang dulunya telah memberi perlindungan dan tempat berteduh kepada budak pompuan ini tidak lagi seperti dulu...budak pompuan ini pun sedar yang dia telah menganggu proses fotosintensis pokok itu...lalu dengan berat hati budak pompuan itu pergi meneruskan perjalanan ke destinasi yang dia sendiri pun tak tahu cuma kali ini dia berjalan didalam hujan lebat dan tidak lagi hujan batu... dia mula sedar hujan yang lebat ni telah membuatkan dia sakit kesejukan tetapi dia tekad dia tak mahu berteduh dimana2 pokok lagi...dan jauh dalam hati budak pompuan ni...dia berharap dihadapannya lagi akan ada pokok yang sama seperti sebelumnya...namun, budak pompuan masih mampu tersenyum bila mengenangkan satu hari nanti pokok besar tu akan kembali segar seperti dulu...



aku nak blah la...nak try hidop kat town pulak...asyik duk dalam hutan je..lama2 nnti confius plak orang ramai diantara aku ngan hewan...



apabila dia tersedar dari lenanya apa yang dia rasakan adalah kesedihan yang dia tak pernah rasa sebelum ini...dan ini telah membuatkan dia kembali sedar kadang2 apa yang dihajati belum tentu dapat dimilki....sekarang aku dengar cerita budak ini dah kembali meneruskan hidup dia seperti dulu2 sebelum dia berjumpa dengan sang rama2 itu dan sebelum dia berlindung dibawah pokok yang besar itu...semuanya adalah takdir untuk dia..itulah al-kisahnya budak pompuan yang sesat dalam mimpi dia sendiri...



my princess is sleeping..when she wake up she hope that everything is only a dream...=))



(cerita ni sesuai utk kanak2 tadika saje kot...kepada kengkawan aku anila n una yang bakal jadi cikgu tadika...sila pertimbangkan karangan aku ni yek..manala taw satu hari nanti ianya boleh dibukukan utk murid2 korang...hehe)

p/s: cerita ini tiada kena mengena langsung dengan sesiapa yang perasan tu ok...hehe













5 comment dari peminat:

Anonymous said...

kisah sbenar ek?

Miss Ziela said...

kisah yg baru sahaja terjadi...lumrah dunia...tak semuanya indah...

Mohd Halif said...

kalo boleh dan tetapi....

Miss Ziela said...

tu la...ape yg boleh dikata...no turning back....just "bertebarlah kau"jauh2~hahaha

Diane Duda said...

Tree Hugger artwork ©dianeduda/dudadazze
http://dudadadaze.blogspot.com
www.dudadaze.etsy.com

Thanks.