BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~My FaNs~

1/03/2010

what had happened...???

Sudah lama rasanya...lama sangatla…saya tak buka blog saya ni…rasanya satu sem jugakla…seakan2 ada sesuatu yang saya tak mau baca dan lihat dalam blog kepunyaan saya ni…kalau yang mengenali diri saya… mesti tau saya ni jenis macam mana...hehehe...banyak yang baik2 je....(terserah kepada anda mau pecaya ke tak)


~inilah aku...sebenarnye mmg suka benor sengih2...

banyak perkara yang telah berlaku…tapi saya yakin tiada seorang pun yang mengetahui jalan cerita yang sebenar2nya…cukupla dengan apa yang mereka lihat…apa yang telah saya lalui dimata mereka...teeetttttt….haiyooo skemanya cara penulisan aku kali ni…hahahaha…jangan tertipu ya…itu intro aje..sebab dah lama kot tak menaip untuk bercerita sesuatu yang benar2 dah aku lalui…kadang2 manusia tu suka simpan sendiri2 je apa yang dorang dah lalui…hehehehe. Honestly…memang aku tak merancang dah untuk updatekan blog aku ni…sebab aku pikir banyak yang nak ke alter ni…gambar2…status…macam2la…tetapi…ntah macam mana hati aku boleh terbuka pulak nak updatekan blog ni...ini semua disebabkan oleh seorang sahabat yang mengikuti perkembangan blog aku yang x aktif dah tu…terima kasih la ye kpd kawan2 yang leave komen suh update blog ni…at least terasa pulak macam ada orang tengah bagi semangat kan kan kan??..


terasa pulak sebenarnya ramai yang sayang kat aku ni..hehehe


satu sem lepas telah pun aku lalui dengan amat sukar sekali…walau bagaimanapun ianya dah pun berakhir…ibarat macam kena santau je seksanya…tapi aku xpenah plak rasa macam mana kena santau…rasa macam kopi ke…milo ke…tapi ibaratkan jelaaa ek…macam mana nak mula nih..kalau nak dicerita kenala mengenang kembali…adeyhhhh kena plak aku tengah melayan lagu “teruskanlah by agnes" kat laptop ni”….tiba2 rasa sebak di dada plak(sendiri yang cari pasal)…

Permulaan sem yang tidak seperti permulaan sem yang lepas2…tahun akhir…aku dah senior dah rupanya…permulaan sem satu tahun 3…yang akan aku ishtiharkan sebagai sem terburok yang pernah aku lalui…macam2 dah jadi dalam satu sem yang panjang ni…suka dan duka silih berganti…tapi yang dukanya melampau2 la pulak…aku masih ingat setiap peristiwa yang pernah menyakitkan perasaanku…tapi kata orang…usah dikenang kisah yang lepas…serba salah aku…nak berkongsi ke tidak...hmmmm amik masa jugakla aku bila memikirkan untuk amik keputusan samada nak berkongsi atau tak peristiwa2 yang telah terjadi pada diri aku…sepanjang sem lepasla…alang2 dah update blog kan…apa salahnya kan..(tersenyum sorang2 ni). Seperti yang ramai dah taw…hubungan percintaan aku dengan mamat yang aku cerita kat blog ni..yang kat bawah2 tu…yang siap aku post2kan lagi gambar dia(skang dah delete dah la)…dah pun berakhir…tamat dah..hahahaha…


macam tula hati aku skang...bersepah2 plaster sane..plaster sini...

dan sekaligus ianya menjadikan aku kembali available ataupun orang belanda kata…”single”..ngeh3…well…nak buat macam mana…dah tak da jodoh…walaupun semasa misi aku untuk cuba menyelamatkan hubungan kami pelbagai cara dah aku lakukan..malangnya, hummmmm…walaupun aku telah dibantu oleh ramai kawan2 yang memang baik hati….especially “cik senah(nama samaran), dak kecik(nama samaran) dan ramai lagi( tak boleh letak nama2 yang lain sebab mereka tak ada nama samaran) namun…last2 kecundang jugak…haiii lelaki2…tak bolehkah anda setia…pada satu perempuan sahaja???aku tak akan cerita detail la pasal perkara malang yang dah pun berlaku…nanti aibkan plak hamba Allah ni. Biarla dia dengan orang yang dia dah pilih…jalan yang dia dah pilih…aku tahu Tuhan tak akan bagi ujian kalau hambaNya tu xmampu hadapi…betul tak???

hehehe…betul..betul..betul…tetapi sekarang…aku bukanla nak kata aku boleh lupakan si dia 100%...belum neutral pun lagi…haishhhh susah kalau percintaan yang sudah pun melibatkan mak ayah..inilah akibatnya…(satu lagi pengajaran dalam kehidupan)

kawanla bagai nak rak skalipun kalau dah Tuhan kata 2 bukan jodoh kau...xboleh nk watpe dah...

sem lepas aku rasa sangat teruk…study aku? lagilah teruk…ntah apa yang aku dah belajar pun aku tak tawla…xmasuk langsung…tapi ni salah aku sendiri…aku yang membenarkan emosi mengawal aku…minda dah tak berfungsi dengan baik masa tu…rasa menyesal pun ada jugak…tapi apa boleh buat…semua dah pun berlaku…tak kanla nak mintak lecterur bagi peluang kedua plak untuk aku sorang…melampau laa pulak kan…apa yang dah berlaku dalam pelajaran aku pada sem lepas memang 100% salah aku…(berani buat berani tanggung)…tak ada sapa2 pun suruh aku abaikan pelajaran…time ni aku memang kalah dengan emosi dan kesedihan…tapi tak apalah…sem baru ini…aku start dengan azam baru…wahhh tiba2 semangat la pulak..


happy new year...selamat tinggal 2009..selamat datang 2010...aku harap tahun ni lagi blast off dr tahun lepas..


TETAPI...Kalau ianya tak terjadi…mungkin ianya tak akan jadi seperti ini…faham tak?..walaupun banyak sangat kedukaan yang dah pun aku lalui…namun..tiba2 ada jugak sesuatu yang mengembirakan aku…yang mengembalikan senyuman aku…semuanya adalah disebabkan “kawan2 yang baik hati”…terima kasih semua…korang dah banyak bagi semangat…nasihat…semua tu tak akan aku lupakan…disamping tu jugak…terima kasih tak terhingga kepada sahabat2 baru yang aku kenali…aku taw aku mencari mereka untuk melupakan kisah silam aku…dan paling aku tak sangka mereka menerima aku seadanya sebagai sahabat mereka…jadi..bermulalah sebuah lagi buku baru dalam kehidupan aku…walaupun sudah tiada teman istimewa…tetapi aku rasakan seperti sudah lengkap semuanya buat masa sekarang..aku ada family…aku ada kawan2 baik aku…aku ada kawan2 yang baik hati dan ambik berat tentang aku…dan juga aku ada “special friend”heeee!!…enough for me…I don’t want much…and I don’t want anything…I just want what I have now…I can have until foreve…aku rasa macam dah banyak je yang aku dah taip dalam celoteh aku tuk kali ini…so nnti2la aku updatekan lagi…bila ada cerita yang menarik untuk dikongsi bersama…

5 comment dari peminat:

Miss Ziela said...

senghal tol komen box leh rosak plak tadi yek

saiful mohamed said...

haha..dah boleh komen..
lupakan kisah2 dulu..hidup perlu diteruskan.. =)

Miss Ziela said...

you rite..
hahahaha..
sbh tu la aku mule update blog smule=)

Atiqah said...

teruskan menghupdate..hehe

Miss Ziela said...

demi mengisi masa lapang..akan ziela slalu updatekan..hehehe